Thursday, April 11, 2013
SIFAT TAMAK PEMIMPIN PR..!!!
Inilah salah satu sikap buruk pemimpin PR dalam mengejar impian masing2, dan bukanlah berlumba2 untuk memperjuangkan hak rakyat.
Berebut kerusi DUN antara satu sama lain, sedangkan PAS dan PKR adalah parti bersekutu mereka. Salah satu pun tak nak mengalah dalam isu pencalonan piliharaya.
Tak lama lagi bergaduh pula sesama sendiri seperti yang selalunya terjadi diantara mereka. Jika berlainan bangsa takpa lah juga, ini bangsa Melayu sesama Melayu pun tak boleh nak berbincang mengalah.
PAS akan bertembung dengan rakan sekutunya PKR dalam pertandingan 3 penjuru di kerusi DUN Sungai Acheh.
PAS mencalonkan Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Yusni Mat Piah dan PKR pula mencalonkan Ketua Solidariti Anak Muda Malaysia, Badrul Hisham Shaharin (Chegubard), sebagai calon parti itu di kerusi berkenaan yang terletak dalam kawasan pilihan raya Tebal Nibong.
Chegubard ni sebenarnya tidak layak untuk dicalonkan di DUN Sg Aceh oleh kerana dia ni bukanlah pengundi yang berdaftar di sana...!!!
Misal kata Chegubard bukan pemilih di DUN Sg. Aceh, maka sikap culas dan lalai Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman akan lebih memalukan puak dan macai PKR.
Bayangkanlah, dalam Pakatan PR cuma ada 3 parti saja bergabung, itu pun masing2 tamak diantara satu sama lain tak boleh nak bertolak ansur.
Tambah lagi 1-2 parti lagi bergabung dalam PR, gamaknya akan berperang sesama sendiri akhirnya...!!!
No comments:
Post a Comment
KOMEN LA APA NAK KOMEN, KLBOYZ MALAS NAK TAPIS-TAPIS, KOMEN JER LA..,TAPI KALAU BOLEH GUNAKAN BAHASA YANG ORANG BOLEH FAHAM & BERFIKIR..
TANGGUNG SENDIRI....!!?