NETWORKEDBLOGS
BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA
Friday, April 5, 2013
GENG PR DAH MULA TUNJUK SAMSENG..!!!
Nampak gaya pakatan haram mula menunjukkan belang keganasan mereka. Seorang petugas Barisan Nasional (BN) cedera dirempuh kereta dinaiki sekumpulan lelaki dipercayai penyokong pembangkang, ketika mangsa memasang sepanduk di tepi Jalan Teratai dekat Johor Jaya di sini, malam kelmarin.
Ketika kejadian jam 1 pagi itu, Ahmad Nazim Mohamed, 27, berkata dia bersama seorang rakan sedang memasang sepanduk dan bendera parti sebelum tiba-tiba dikejutkan dengan bunyi kuat hon sebuah kereta jenis Proton Wira yang menuju ke arah mereka.
“Sebaik mendengar bunyi hon, saya lihat seorang lelaki sedang berlari di sisi kereta sambil memegang kayu menuju ke arah kami. Bimbang kejadian tidak diingini, rakan saya Mohd Sukhri Soyod, 19, menghidupkan motosikal sebelum saya memboncengnya. Rakan saya kemudian memecut hingga tiba satu simpang dan cuba membuat pusingan U.
“Bagaimanapun, ketika kami hendak membuat pusingan, secara tiba-tiba kereta terbabit merempuh motosikal menyebabkan kami berdua terjatuh ke jalan.
“Dalam keadaan kesakitan akibat terjatuh, kami bangun dan lari meninggalkan motosikal di situ sebelum diselamatkan seorang rakan yang kebetulan melalui kawasan itu,” katanya ditemui ketika diziarahi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor Jaya, Tan Cher Puk dan Jawatankuasa UMNO Bahagian Pasir Gudang, petang semalam.
Mengikut Ahmad Nazim, kereta itu kemudian menghampiri motosikal yang tersadai di jalan sebelum seorang penumpang turun dan merosakkan kenderaan itu dengan kayu yang dibawa sambil menjerit kata-kata kesat.
Dia kemudian dihantar rakannya ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk rawatan, sebelum membuat laporan di Balai Polis Johor Jaya berhubung kejadian itu.
Sememangnya Pakatan haram dan keganasan berjalan seiring. Hapuskan keganasan yang dibawa oleh pakatan haram dengan memastikan mereka tumbang dalam PRU13.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TOP HOT ARTIKEL
-
Kak Wan termengah-mengah bila tengok video PART 3 ni, sebab bab yang ni paling menyakitkan hatinya. Dipertahankan Anwar sari pelbagai su...
-
Dalam pada masa berlegar-legar di sekitar demontrasi mahasewel robot belaan Anwar untuk menghidupkan nyawanya, terjumpa pulak binatang ala...
-
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Pulau Pinang hari ini membuat 25 laporan polis berhubung kenyataan Ketua Menteri, Lim Guan...
-
Hospital Besar Tengku Mizan telah dirasmikan oleh Agong dan Najib memang tesergam indah, begitu luas dan besar kawasan telah digunapakai u...
-
Seorang wanita berusia 37 tahun menempuh detik hitam dalam hidupnya apabila bukan saja disamun tiga lelaki bersenjatakan pisau tetapi turut...
-
Petikan dari risalah ini yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu Tajuk : MALAYSIA, RAKYAT CINA, DAP DAN SELURUHNYA Rencana ini akan ...
-
Inilah kebolehan istimewa yang ada pada PAS, iaitu mati hidup semula. Kehebatan ini sememangnya tiada dalam UMNO BN, kerana PAS mempunyai...
-
“Biasalah tu. Ada orang mempersoalkan. Suka atau tidak, itu hak masing-masing. "Namun yang sebenarnya, ramai orang ucap tahniah p...
-
Kita tahu bahawa memandu melebihi had laju dan tidah mematuhi lampu isyarat menyalahi undang-undang dan boleh mengakibatkan kemalangan te...
-
MAJLIS pelancaran model terbaru Proton - Preve di Seri Kembangan, Selangor, pada 16 April 2012. Preve berharga dari RM59,990 hin...
No comments:
Post a Comment