Thursday, April 18, 2013

FORMULA INI AKAN HANCURKAN PAKATAN PR..!!!




Pakatan PR jika berjanji selalunya mesti ada yang tak beres dan tak selesai sepenuhnya, contohnya janji air percuma 20cm padu kepada setiap rakyat Selangor.

Janji itu sehingga hari ini masih tak lengkap selurohnya, malah bekalan air bertambah masalah dibuatnya sehingga kerap putus bekalan air sehingga kini di daerah Selangor.

Air tidak dirawat sepenuhnya dengan kos baik pulih bekalan air diambil ringan saja walaupun air yang dibekalkan bertambah keruh dan tak jernih lagi.

Kesemuanya sehingga sekarang masih tidak dihiraukan dan tak diselesaikan sepenuhnya, sikap acuh tak acuh PR bakal mengundang padah apabila BN pula menjanjikan percuma air 20cm padu untuk rakyat Selangor.

Bezanya adalah air percuma itu disertakan dengan kos pembiayaan menukar meter bekalan air pukal kepada meter individu secara percuma.

Ramai masih tidak dapat menikmati pemberian air percuma yang dijanjikan Pakatan PR Selangor kerana masalah penukaran meter yang tidak selesai sehingga rakyat terpaksa menuntut janji itu di mahkamah. 

Malah usaha Pakatan PR Selangor untuk menruskan pemberian tersebut juga dilihat mustahil apabila Selangor bakal menghadapi masalah bekalan air yang serius kerana tidak membenarkan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2.

Pemberian air percuma yang dijanjikan BN dalam aku janjinya lebih menjamin dan lengkap kerana disertakan dengan pembiayaan penukaran meter percuma dan BN juga dilihat mampu mengotakan apa yang dikata berdasarkan prestasi pentadbirannya yang cemerlang sekarang.

Malah, secara keseluruhannya aku janji BN untuk rakyat Selangor memang dekat di hati rakyat, secara keseluruhannya aku janji yang dibentangkan memang memberikan manfaat kepada semua rakyat termasuk golongan wanita.

Beberapa perkara yang terkandung di dalam aku janji dilihat dikhususkan untuk kesejahteraan golongan wanita, contohnya penubuhan pusat kesihatan dan kesuburan wanita, pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan berisiko tinggi berlakunya jenayah dan sara hidup untuk ibu tunggal.

Ingatlah, hanya BN yang mampu mengotakan janji-janji yang dibuat dan yakin rakyat Selangor akan kembali kepada BN - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment

KOMEN LA APA NAK KOMEN, KLBOYZ MALAS NAK TAPIS-TAPIS, KOMEN JER LA..,TAPI KALAU BOLEH GUNAKAN BAHASA YANG ORANG BOLEH FAHAM & BERFIKIR..
TANGGUNG SENDIRI....!!?