PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Thursday, January 24, 2013

JIWA KHALID GAGAP SEMAKIN KACAU, TAK TENANG..!!!



Semakin hari semakin kacau jiwa Khalid gagap Menteri Selangor apabila mula diserang oleh penyokongnya sendiri. Tu la pasal kalau hanya pandai buat janji tapi tak ditepati.

Menanam tebu ditepi bibir punyalah pandai nak memikat pengundi, tetapi bila tiba masa nak tunaikan dah tak pandailah pula. Akhirnya bakal memakan diri sendiri lah nampaknya apabila disaman oleh penyokongnya sendiri yang menagih janji-janji palsu Khalid gagap.

Jika dulu sebelum menang pilihanraya pelbagai janji ditabur, sekarang pula apabila nak dituntut penuh dengan undang-undang dan syarat pula. Khalid gagap ni jika mengutuk orang memang pandai tetapi tak sedar pula dirinya yang tua kena kutuk dan masih tak sedar diri lagi sampai sekarang ni.

Makin kacaulah jiwa si Khalid gagap sehingga susah nak tidur malam, kena pula PRU 13 dah dekat. Jadi tak keruanlah otak Khalid gagap meracau nak batalkan saman si penuntut janji Khalid gagap dah laungkan disetiap ceramahnya dulu. 

Inilah salah satu pemimpin yang terlampau banyak menipu orang Selangor, percuma air konon tetapi bekalkan air tak dirawat sepenuhnya pula pada rakyat Selangor. 

Dipersalahkan pula SYABAS kerana bekalan terputus, padahal pihak SYABAS dah berbuih menyarankan Kerajaan Selangor agar mengelak masalah yang timbul kebelakangan hari ni. 

Dikatakan pula projek yang bakal dilakukan adalah membazir pula..!!! Apalah salah ianya membazir untuk kesenangan rakyatnya sendiri...??? 

Bagi upah sehingga puluhan ribu kepada lembu-lembu jentera pakatan PR untuk menyemak dan kucar-kacirkan bandaraya boleh pula, tak la pula Khalid gagap kata membazir.

Ini baru sikit balasan yang diterima Khalid gagap, banyak lagi akan menyusul selepas ini...!!!

Lihat sajalah nanti....



SHAH ALAM 23 Jan. - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan kerajaan negeri Selangor dan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk membatalkan saman yang difailkan oleh 2,020 ibu tunggal di negeri ini terhadap mereka.

Saman berkenaan melibatkan tuntutan golongan ibu tunggal tersebut untuk pembayaran elaun sebanyak RM100 sebulan seperti yang dijanjikan dalam manifesto parti pembangkang dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) namun gagal ditunaikan oleh kerajaan negeri.

Hakim Datuk Yaacob Md. Sam membuat keputusan tersebut setelah mendapati kumpulan ibu tunggal itu selaku pihak plaintif mempunyai asas dalam membuat tuntutan tersebut.

No comments:

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...