Jika betul lah setiap pengundi mendapat RM500 bagi setiap pengundi yang membuang undi, sudah pasti 100 peratus penduduk disetiap pelusok akan turun mengundi.
Semua orang jadi kelam-kabut nak mendaftar undi sebelum tarikh yang ditetapkan. Bukan apa cuma nak menggalakkan orang ramai yang cukup umur mengundi membuat undian menentukan pemimpin dan calon dipilih.
Cara ini amat berkesan dan menguntungkan setiap rakyat Malaysia, bukannya setahun sekali tetapi hanyalah 4 tahun sekali apabila PilihanRaya diadakan saja. Barulah ia seperti satu imbuhan dan bonus untuk setiap rakyat Malaysia yang mendaftar mengundi.
Barulah menjadi kerajaan perihatin membantu rakyatnya sendiri yang selalunya sukar nak membuat undian kerana masalah pekerjaan yang susah nak dapat cuti, tambang ataupun kos nak pergi mengundi di tempat yang telah ditetapkan.
Kesemua masalah sudah pasti akan lenyap tanpa sebarang jawapan dolak-dalih yang biasa kita dengar dulu, akan lenyap segalanya malah si pengundi menjadi bersiap sedia pagi-pagi lagi apabila tiba PilihanRaya.
Bukankah cadangan ini memberi keuntungan baik kepada pengundi dan kepada Kerajaan yang perihatin terhadap rakyatnya.
memang advanced idea nie...tak terpikir sampai ke situ.Serampang 16 mata
ReplyDelete