Wednesday, September 5, 2012
INILAH SEBAB SAMAN EKOR HARUS DIHAPUSKAN..??
Adakah kejadian diatas menjadi sebab utama kenapa pihak berkuasa dikerah oleh Pakatan PR untuk hapuskan saman ekor terhadap pengguna jalanraya yang salah melanggar undang-undang. Dah lihat video diatas..??
Jika niat ini masih mahu diteruskan oleh Pakatan PR, maka akan rosaklah terus pemandu-pemandu di Malaysia. Akan bertambah biadap dan kurang ajar apabila memandu dijalanraya, lebih-lebih lagi pemandu yang memandu kenderaan besar-besar seperti bas dan lori.
Dirakaman video diatas, seorang anggota polis digilis sehingga mati ditempat kejadian sewaktu melakukan tugas penguatkuasaan oleh sebuah bas yang dipandu dengan laju. Jika pemandu Malaysia yang suka melanggar undang-undang ni tak dipantau, maka akan jadi lebih teruk lagi keadaan jalanraya di Malaysia.
Akan bertambah-tambah lagilah kemalangan yang akan berlaku disetiap jalanraya dengan karenah samseng-samseng jalanraya.
Identiti anggota trafik yang malang itu ialah Koperal Ismayuddin Ismail dan telah meninggal dunia disebabkan kemalangan tersebut. Mari kita bersama sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah dan mendoakan semoga pemandu bas tersebut dihukum dengan seberat-berat hukuman yang sedia ada.
Agar ianya menjadi pengajaran buat pesalah trafik yang lain supaya terus berhati-hati dan menghormati undang-undang dijalanraya.
No comments:
Post a Comment
KOMEN LA APA NAK KOMEN, KLBOYZ MALAS NAK TAPIS-TAPIS, KOMEN JER LA..,TAPI KALAU BOLEH GUNAKAN BAHASA YANG ORANG BOLEH FAHAM & BERFIKIR..
TANGGUNG SENDIRI....!!?