Tuesday, August 14, 2012
PR TAK SEPENDAPAT, BAGAIMANA NAK PERINTAH NEGARA..??
Pemimpin PR ni kebanyakkannya tak satu kepala, kalau buat keputusan pasti ada yang pincangnya. Bagaimana nak satukan rakyat Malaysia akan datang jika diberi mandat memerintah oleh rakyat kelak.
Semuanya hanya sekadar janji saja, tapi nak melaksanakan sudah pasti akan mendapat tentangan dari kalangan pemimpin parti mereka sendiri. Apabila buat keputusan, yang membangkang adalah pemimpin sendiri.
PAS nak kuat kuasakan undang-undang, DAP pula membangkang, PKR pasti akan menyebelahi DAP kerana sudah menjadi kebiasaan menjadi pak turut dalam pelbagai aspek kerana ingin menuju PutraJaya gamaknya.
Sepatutnya sebelum membuat keputusan berbincanglah sesama sendiri sebelum dikemukakan kepada orang ramai. Ini tidak tanpa membuat perbincangan dah melulu membuat kenyataan media lepas tu yang membangkang dikalangan pemimpin PR sendiri pula.
Baru 3 parti dalam Pakatan PR, kalau macam BN sehingga berbelas bagaimanakah agaknya ketua pembangkang Anwar boleh mengawal keadaan..?? PKR sendiri pun Anwar tak terkawal sehingga hampir hancur partinya, ramai orang kuatnya lari meninggalkan ketua pembangkang.
Beranikah rakyat Malaysia nak menyerahkan kepimpinan pemerintahan kepada Pakatan Anwar ni, banyak berjanji daripada nak melaksanakannya. Apakah contoh terbaik Anwar membantu rakyat..??
Dalam aspek apa..?? Asyik dok berceramah je, mana sempat nak berkhidmat untuk rakyat..!!!
Lihat berita dibawah ni, PAS berlainan pendapat dengan DAP..!!! Persoalannya Anwar buat apa..?? Buat bodoh saja...!!!
Karpal: Tindakan mahkamah jika Pas teruskan etika pakaian
KUALA LUMPUR 6 Jan. - DAP tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan mahkamah jika Pas masih terus melaksanakan etika berpakaian bagi wanita bukan Islam di Terengganu.
Timbalan Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata, parti itu tidak akan membiarkan Pas bertindak sewenang-wenangnya ke atas hak-hak perlembagaan masyarakat Islam dan bukan Islam di negara ini.
"Saya juga mencabar Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk menamakan pemimpin bukan Islam yang ditemui oleh pihak Pas untuk berbincang mengenai peraturan etika berpakaian berkenaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kenyataan tersebut dikeluarkan ekoran peraturan Majlis Perbandaran Kuala Terengganu (MPKT) yang wanita bukan Islam di negeri itu dilarang memakai baju lengan pendek, seluar jeans, skirt labuh berbelah dan skirt pendek.
Pengumuman tersebut turut mendapat bantahan daripada pemimpin DAP lain yang menyifatkan ia sebagai tidak menghormati kebebasan kaum lain.
Abdul Hadi dalam satu kenyataan ketika mengulas peraturan etika berpakaian itu berkata, kod pakaian ialah satu 'isu moral' bagi orang Islam dan bukan Islam.
Abdul Hadi turut mendakwa bahawa pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan pemimpin bukan Islam sebelum melaksanakan peraturan tersebut.
Karpal menambah, mengikut apa yang terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan, Abdul Hadi tidak layak untuk menyentuh isu moral.
"Selain itu, mahkamah yang ada di negara ini juga adalah mahkamah perundangan dan bukan mahkamah yang membicarakan isu berhubung moral," katanya lagi.
Sehubungan itu, Karpal meminta Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail supaya memberikan pendapat beliau demi meredakan kebimbangan bukan Islam terhadap Pas yang seolah-olah mengabaikan Perlembagaan Persekutuan.
No comments:
Post a Comment
KOMEN LA APA NAK KOMEN, KLBOYZ MALAS NAK TAPIS-TAPIS, KOMEN JER LA..,TAPI KALAU BOLEH GUNAKAN BAHASA YANG ORANG BOLEH FAHAM & BERFIKIR..
TANGGUNG SENDIRI....!!?