Thursday, August 16, 2012

PENYELEWENGAN 1 BILLION KERAJAAN PR SELANGOR..!!!


Lagi MB Khalid cuba nak sorokkan penyelewengan kerajaan PR Selangor, semakin terdedahlah impian yang selamaa ini ingin dikecapi kroninya. Apabila pendedahan penyelewengan Dana sebegini dibuat, MB Khalid sering menyalahkan Kerajaan terdahulu iaitu Kerajaan BN.

Bukankah apabila kerajaan PR mengambil alih pemerintahan di Selangor, semua penjanjian yang dimeterai kerajaan terdahulu akan terhenti serta merta. Sebaliknya telah diurus takbir pula oleh kroni MB Khalid, kenapakah harus dipersalahkan pula pihak lain dalam hal ni.

Jika ada berlaku kepincangan dalam perjanjian terdahulu, kenapakah kerajaan MB Khalid yang kononnya bertindak demi rakyat tak perbetulkan keadaan ini..?? Kenapa masih nampak pincang juga..??

Inilah buktinya kerajaan PR tak mampu nak mentadbir negara lebih baik daripada kerajaan BN dulu, apa bezanya Khalid dengan pemimpin terdahulu. Lagi teruk penyelewengan dilakukan demi kroninya seperti sudah berjanji dengan pakatan PR jika dapat menawan negeri Selangor.

Janji kepada rakyat yang harus ditepati ataupun janji kepada kroni yang harus dilaksanakan. Air bekalan Selangor yang disalurkan kepada rakyat sudahlah kotor, lepas tu main politik kotor pula..!!!

Semakin lama makin serabai imej MB Khalid Selangor, menunjukkan bahawa diri sendiri pun tak terurus, masa kan nak mentadbir Selangor. jadi lintang-pukang lah semuanya..!!!

Tee Yong dedah lagi isu Talam


Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 15 Ogos - Cubaan kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor untuk menutup skandal penyelewengan hampir RM1 bilion dalam isu penyelesaian hutang Talam Corporation Bhd. (Talam), dengan menyalahkan kerajaan negeri terdahulu hanya menjerat diri.

Ia berikutan pendedahan terbaru dokumen perjanjian bertarikh 14 Julai 2009 mengenai penubuhan Jawatankuasa Talam hasil arahan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim oleh Ketua Biro Profesional Muda MCA, Datuk Chua Tee Yong (gambar).

Jelas Tee Yong, menerusi perjanjian tersebut, semua penyelesaian yang ditandatangani antara anak syarikat kerajaan negeri dengan Talam semasa pemerintahan Barisan Nasional (BN) ditamatkan berkuat kuasa serta-merta.

Malah, menerusi perjanjian tersebut juga menurut beliau, diskaun sebanyak RM36 juta diberi kepada Talam walaupun syarikat berkenaan tidak dapat memenuhi terma dan syarat asal yang ditandatangani pada 8 Mac 2007.

No comments:

Post a Comment

KOMEN LA APA NAK KOMEN, KLBOYZ MALAS NAK TAPIS-TAPIS, KOMEN JER LA..,TAPI KALAU BOLEH GUNAKAN BAHASA YANG ORANG BOLEH FAHAM & BERFIKIR..
TANGGUNG SENDIRI....!!?