Sunday, August 19, 2012
PENYANYI AIZAT AMDAN TERPAKSA BERAYA DINEGARA ORANG
Penyanyi Aizat Amdan nampaknya terpaksa menyambut Hari Raya Aidilfitri di perantauan tahun ini selepas mengambil keputusan untuk mengikuti kursus selama tiga bulan dalam bidang muzik di sekitar London.
Aizat dijadualkan berangkat pada 1 Syawal mengatakan bahawa pemergian ke London turut ditemani oleh bapa Datuk Amdan Mat Din dan abangnya, Anas Amdan yang akan tinggal bersamanya selama sepuluh hari.
"Tidak berasa sedih kerana pemergian saya diturut ditemani oleh bapa dan abang.
Sekurang-kurangnya saya dapat menyambut Syawal bersama mereka di negara orang.
"Mereka akan tinggal bersama saya sebelum saya dapat menyesuaikan diri di negara orang," ujarnya.
Aizat akan mengambil kursus tersebut di Garnish School of Music.
Dalam pada itu, Aizat berkata, dia memilih London untuk mengikuti kursus itu kerana penglibatan pensyarah yang merupakan komposer dan ‘orang kuat’ kepada kumpulan yang diminatinya seperti Coldplay dan Gozilla.
"Bukan mudah untuk bertemu dengan komposer-komposer terkenal ini dan ini adalah peluang keemasan saya. Sebab itu juga saya tidak kisah terpaksa menyambut Hari Raya di perantauan kerana langkah saya itu berbaloi," jelasnya.
Bagaimanapun kata Aizat, selain faktor tersebut, pemergiannya ke London adalah untuk memajukan diri sebagai artis, komposer dan penulis lirik dan berharap ilmu yang dipelajarinya akan membantu meningkatkan taraf industri muzik tempatan.
Sementara itu, Aizat berharap sepanjang kursus itu nanti dia akan mendapat ilham untuk mencipta beberapa lagu untuk dibawa pulang ke tanah air.
"Persekitaran dan suasana baru harap-harap dapat memberi ilham kepada saya untuk menghasilkan lagu baru," katanya.
- MStar Online
No comments:
Post a Comment
KOMEN LA APA NAK KOMEN, KLBOYZ MALAS NAK TAPIS-TAPIS, KOMEN JER LA..,TAPI KALAU BOLEH GUNAKAN BAHASA YANG ORANG BOLEH FAHAM & BERFIKIR..
TANGGUNG SENDIRI....!!?