NETWORKEDBLOGS
BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA
Sunday, August 26, 2012
ARTIS IBARAT BONEKA PEMIMPIN POLITIK..!!!
Kenyataan Akhil Hayy dalam mStar Online pada 8 Ogos 2012 yang mengakui dipergunakan ahli politik semasa penghijrahannya suatu ketika dahulu. Mereka akan bercerita tentang pengalaman “berhijrah”. Mimpi diseksa dalam kubur, dipatuk ular, mimpi melihat hari kiamat dan segala benda.
Sambil-sambil diselitkan pengalaman itu, mereka pun terus bercerita memburukkan diri sendiri semasa dalam dunia hiburan. Kononnya hidup menjadi kotor ketika bergelar artis. Jarang nak sembahyang, selalu melompat dan bergedik dalam disko, mabuk dan macam-macam lagi bagi memberi gambaran dunia artis itu jijik.
Sebenarnya dunia artis tak kotor pun tetapi mereka yang berada dalam dunia artis itu sendiri yang melemparkan kekotoran tersebut. Tak ada halangan untuk artis melakukan kebajikan, solat lima waktu, bersedekah ataupun beramal di negara Islam yang harmoni macam Malaysia ini.
Tetapi dek kerana kedangkalan sesetengah artis yang terlupa mereka dipergunakan oleh parti-parti politik tertentu, mereka pun ikutlah berkempen untuk meraih sokongan.
Mereka tidak terfikir, calon wakil rakyat yang ajak mereka naik pentas itu yang sebenarnya akan dapat sokongan. Artis itu menjadi seperti kelapa. Selepas santan habis diperah lalu hampasnya dibuang ke tanah.
Semasa Akhil Hayy berubah daripada seorang penyanyi rock berambut panjang dan berseluar ketat kepada pendakwah, beliau mengalami pengalaman itu. Diusung ahli politik untuk berkempen.
Ketika memberi ceramah, orang ketawa berdekah-dekah melihat gelagat dia. Ahli politik yang mengusung dia pun turut tersenyum lebar dengan harapan dapat sambung satu penggal lagi. Akhil sendiri mengaku orang politik semangnya gemar ambil kesempatan daripada perubahan artis kerana golongan tersebut mudah mendapat perhatian dalam meraih sokongan orang ramai.
Kerana tidak sedar dipergunakan, Akhil secara terlupa semasa ceramahnya dulu pernah mengutuk lagu Sejati nyanyian Wings sehingga Awie nak berang. Dia juga pernah mempersendakan lagu Wassini nyanyian Waheeda yang kini menjadi isterinya.
Tetapi Akhil sudah sedar. Syukurlah kerana dia tidak terus diperbodohkan oleh mereka yang berkepentingan. Sekarang ini Akhil gagal diusung oleh ahli-ahli politik yang hendak memerahnya kerana dia sudah tahu taktik-taktik kotor mereka.
Cuma yang sedih apabila rakan-rakannya yang baru memakai kopiah dan selendang atas kepala pula menjadi mangsa.
NIEZAM: Terkejut baca SMS kiriman pelakon yang kononnya sudah berubah, ugut nak aibkan editor hiburan. Dia tak tahu, si editor ada bukti lebih dahsyat mengenai dirinya. Kalau nak insaf, biarlah insaf betul-betul dik! Rimasss!!
- MSTAR ONLINE Khamis Ogos 9, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TOP HOT ARTIKEL
-
Kak Wan termengah-mengah bila tengok video PART 3 ni, sebab bab yang ni paling menyakitkan hatinya. Dipertahankan Anwar sari pelbagai su...
-
Dalam pada masa berlegar-legar di sekitar demontrasi mahasewel robot belaan Anwar untuk menghidupkan nyawanya, terjumpa pulak binatang ala...
-
Seorang wanita berusia 37 tahun menempuh detik hitam dalam hidupnya apabila bukan saja disamun tiga lelaki bersenjatakan pisau tetapi turut...
-
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Pulau Pinang hari ini membuat 25 laporan polis berhubung kenyataan Ketua Menteri, Lim Guan...
-
Hospital Besar Tengku Mizan telah dirasmikan oleh Agong dan Najib memang tesergam indah, begitu luas dan besar kawasan telah digunapakai u...
-
Petikan dari risalah ini yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu Tajuk : MALAYSIA, RAKYAT CINA, DAP DAN SELURUHNYA Rencana ini akan ...
-
Inilah kebolehan istimewa yang ada pada PAS, iaitu mati hidup semula. Kehebatan ini sememangnya tiada dalam UMNO BN, kerana PAS mempunyai...
-
“Biasalah tu. Ada orang mempersoalkan. Suka atau tidak, itu hak masing-masing. "Namun yang sebenarnya, ramai orang ucap tahniah p...
-
MAJLIS pelancaran model terbaru Proton - Preve di Seri Kembangan, Selangor, pada 16 April 2012. Preve berharga dari RM59,990 hin...
-
Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional menggesa kerajaan untuk menunaikan manifesto Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) untuk mengurangk...
No comments:
Post a Comment