NETWORKEDBLOGS
BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA
Thursday, May 10, 2012
RELEVANKAH PTPTN UNTUK MAHASISWA..??
Sejak itu, PTPTN membantu mahasiswa membiayai pengajian mereka di universiti dan ibu bapa hanya menyediakan duit poket. Hakikatnya, pelajar dan ibu bapa mendapat manfaat tetapi ramai tidak menunaikan janji apabila menamatkan pengajian dan mendapat pekerjaan.
Kegagalan pelajar membayar balik pinjaman menyebabkan PTPTN menanggung kerugian kerana terpaksa menambah jumlah pembiayaan setiap tahun.
Ketegasan pengurusan PTPTN melarang pelajar yang gagal membayar balik pinjaman meninggalkan negara selain menyiarkan nama mereka di akhbar, sedikit sebanyak membenihkan kemarahan pelajar.
Ada pelajar menggelar PTPTN sebagai ‘along’ kerana mengambil tindakan tegas terhadap mereka padahal sebagai pemilik, mereka berhak berbuat demikian.
Akhir-akhir ini apabila ada pihak menyarankan supaya kerajaan memansuhkan pinjaman PTPTN, pelajar mengambil kesempatan daripada isu itu untuk menangguk di air keruh. Mereka begitu drastik mahukan PTPTN dimansuhkan tetapi persoalannya, apakah benar tabung itu menyusahkan atau mahasiswa enggan memikul tanggung jawab?
Tindakan keterlaluan itu mencerminkan sikap sesetengah mahasiswa yang tidak tahu mengenang budi.
Bagi golongan yang hanya mentafsir PTPTN secara luaran mengaitkannya sebagai penindas mahasiswa, namun tidak mengambil kira aspek lain yang turut dijana hasil pemberian badan pinjaman berkenaan.
Mereka ni sebenarnya tidak tahu hujung pangkal perjuangan, sekadar berteriak mahu memansuhkan PTPTN kerana dianggap menindas dan menyusahkan.
Hakikatnya, banyak lagi kepentingan PTPTN tidak diketahui. Jika mereka faham mengenai sumbangan PTPTN, pasti tidak akan bertindak begini.
PTPTN ditubuhkan pada 1997 kini melalui saat sukar apabila dituduh penindas mahasiswa termasuk menyenarai hitam peminjam yang culas membayar kembali pinjaman selain menanggung kos pentadbiran satu peratus.
Mahasiswa tidak perlu memasang angan-angan inginkan pendidikan percuma kerana harga pendidikan hari ini mahal harganya. Kita boleh melakukannya seperti negara maju, tapi sanggupkah rakyat negara ini membayar cukai melebihi 26 peratus?
Jangan bandingkan dengan negara maju sebab cukai mereka sangat tinggi seperti Jerman sebanyak 46 peratus. United Kingdom, Amerika Syarikat dan Sweden dulunya memberi pendidikan percuma tetapi kini mula mengenakan bayaran pengajian untuk mahasiswa institusi pengajian tinggi (IPT).
Di UK dan AS misalnya, mereka juga ada badan pinjaman seperti PTPTN kerana tahu tidak mampu lagi memberi pendidikan percuma kepada rakyatnya.
Jika negara berkenaan sudah melakukannya, apa relevan permintaan seperti itu di negara ini?
Melalui PTPTN, jumlah mereka yang mampu memperoleh pendidikan melonjak daripada hanya 27,000 tempat ditawarkan di IPT sekitar 1990-an kepada 381,000 pada 2010. Lonjakan 14 kali ganda ini membuktikan sumbangan PTPTN untuk membantu masyarakat memperoleh pendidikan sangat besar, sekali gus melonjakkan lagi sektor tenaga kerjaya, ekonomi dan pembangunan.
Mahasiswa hanya dipergunakan sedangkan mereka sendiri tidak tahu apakah perjuangan sebenar.
Menekankan tanggungjawab sebenar mahasiswa adalah belajar hingga tamat pengajian, seterusnya memperoleh pekerjaan baik bagi membayar semula pinjaman diperoleh. Mentaliti ini yang perlu disemai kerana hakikatnya mereka masih belajar dan perlu terus belajar hingga berjaya menggenggam ijazah.
Itulah tanggungjawab mereka. Apa jua kehendak dan keputusan biarlah dibuat berlandaskan hasil perbincangan pihak berkaitan yang lebih berkepentingan serta arif.
Mengadili PTPTN dengan cara melancarkan tindakan provokasi bukan penyelesaian terbaik hanya mensia-siakan peluang yang diberikan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TOP HOT ARTIKEL
-
Kak Wan termengah-mengah bila tengok video PART 3 ni, sebab bab yang ni paling menyakitkan hatinya. Dipertahankan Anwar sari pelbagai su...
-
Dalam pada masa berlegar-legar di sekitar demontrasi mahasewel robot belaan Anwar untuk menghidupkan nyawanya, terjumpa pulak binatang ala...
-
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Pulau Pinang hari ini membuat 25 laporan polis berhubung kenyataan Ketua Menteri, Lim Guan...
-
Seorang wanita berusia 37 tahun menempuh detik hitam dalam hidupnya apabila bukan saja disamun tiga lelaki bersenjatakan pisau tetapi turut...
-
Hospital Besar Tengku Mizan telah dirasmikan oleh Agong dan Najib memang tesergam indah, begitu luas dan besar kawasan telah digunapakai u...
-
MAJLIS pelancaran model terbaru Proton - Preve di Seri Kembangan, Selangor, pada 16 April 2012. Preve berharga dari RM59,990 hin...
-
Petikan dari risalah ini yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu Tajuk : MALAYSIA, RAKYAT CINA, DAP DAN SELURUHNYA Rencana ini akan ...
-
Inilah kebolehan istimewa yang ada pada PAS, iaitu mati hidup semula. Kehebatan ini sememangnya tiada dalam UMNO BN, kerana PAS mempunyai...
-
“Biasalah tu. Ada orang mempersoalkan. Suka atau tidak, itu hak masing-masing. "Namun yang sebenarnya, ramai orang ucap tahniah p...
-
Jika perkara ini dapat dilaksanakan, maka ia akan menjadi salah satu lagi isu hangat dan panas bakal diputarbelitkan oleh sebilangan penc...
1 comment:
Aku sekolah pondok pun kena bayor broooo ! makan ciput je..mandi minum dgn air keroh mcm teh tarik....tak mampu nak beli gajet yg mahal2 mcm korunk..enset cap ayam je ! tapi aku tetap bersyukur kerana masih bernafas tidur dgn nyenyak di Bumi bertuah MALAYSIA ..Allahuakbar !
Post a Comment