Wednesday, May 9, 2012

INILAH BUKTI JIKA PAKATAN PR MEMERINTAH, HARGA BARANG LAGI BERTAMBAH NAIK..!!!!


Inilah buktinya jika Pakatan PR memerintah, kesemua barang pasti akan dinaikkan harga lebih daripada sekarang.

Andai kata barang-barang sekarang mahal, akan datang jika Pakatan PR memerintah harga barang-barang pasti akan mencecah harga yang tak masuk akal dan tak mampu dibiayai oleh rakyat berpendapatan rendah.

Mereka sering melaungkan kerajaan Pusat agar memberikan pendidikan percuma dan menghapuskan PTPTN untuk mahasiswa, sebaliknya mereka sewenang-wenangnya menaikkan harga yuran keahlian kolej dinegeri pemerintahan mereka.

Pemimpin PR ni semuanya cakap kuat berbohong, cakap tak serupa bikin...!!!



ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak hari ini mengakui yuran pengajian di Kolej Universiti Insaniah (Kuin) yang dimiliki kerajaan negeri, akan dinaikkan bermula Julai ini.


Azizan yang juga Pengerusi Kuin bagaimanapun menyatakan tidak tahu jumlah kenaikan tersebut, tetapi hanya membabitkan pelajar baru yang mendaftar Julai ini bagi menampung kos pentadbiran kolej.


"Kita telah maklumkan tentang kenaikan yuran ini dan kita tidak akan ganggu pelajar lama walaupun kita mengalami kerugian," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan kerajaan negeri di Wisma Darulaman di sini.


Beliau diminta mengulas dakwaan Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Datuk Seri Mahdzir Khalid berkenaan krisis kewangan Kuin sehingga menjejaskan pentadbiran kolej universiti itu semalam.


Antara lain, Mahdzir berkata Kuin akan menaikkan yuran pengajian daripada RM60 kepada RM200 bagi setiap jam kredit mata pelajaran yang diambil oleh semua pelajar kolej universiti tersebut.


Mengulas lanjut, Azizan berkata Kuin adalah antara universiti yang mengenakan yuran yang rendah kepada pelajar sehingga ditegur oleh Kementerian Pengajian Tinggi kerana dasar itu akan menjejaskan pentadbiran Kuin. - Bernama

Pakatan PR memang kuat membohong menaikkan harga yuran lebih 300 peratus berbanding harga yuran asal...!!!

Berfikirlah cara matang, bukan kerajaan sekarang yang cekik darah wang rakyat sebaliknya merekalah yang dahagakan keuntungan dari wang rakyat Malaysia...!!!

1 comment:

  1. Bukan setakat KUIN, di Kota Damansara, Selangor sewa fumah PPRT juga dinaikkan dengan begitu mendadak sekali.

    ReplyDelete

KOMEN LA APA NAK KOMEN, KLBOYZ MALAS NAK TAPIS-TAPIS, KOMEN JER LA..,TAPI KALAU BOLEH GUNAKAN BAHASA YANG ORANG BOLEH FAHAM & BERFIKIR..
TANGGUNG SENDIRI....!!?