TEMPAT KEJADIAN... Che Musa bersama beberapa penduduk menunjukkan tempat dua mangsa maut selepas terkena renjatan elektrik |
Dalam kejadian jam 12 tengah malam, Rosli Husssin, 47, dari Kampung Tengah Bukit Panau dan Mohd Daisan Ibrahim, 37, dari Kampung Kusial Baru, di sini, dikatakan tercampak dan meninggal dunia di tempat kejadian selepas terkena renjatan elektrik akibat buluh digunakan bersentuhan dengan kabel elektrik TNB berkuasa 500 kiloVolt (kV).
Sebelum kejadian, Rosli dan Mohd Daisan, masing-masing bekerja sebagai kakitangan Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) Tanah Merah dan penoreh getah, pergi ke kawasan papan tanda itu bersama tiga lagi rakan dengan membawa sebatang buluh sepanjang 12 meter yang dipercayai baru ditebang.
Ketika cuba mengikat buluh itu pada papan tanda berkenaan, ia bersentuhan dengan kabel elektrik TNB yang berada pada ketinggian sembilan meter, menyebabkan mereka terkena renjatan elektrik.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tanah Merah untuk dibedah siasat sebelum dituntut keluarga masing-masing untuk dikebumikan, petang semalam.
- MYMETRO
5 comments:
sekor lagi mati katak masih tak serik mat libya di memali mati katak dikatakan mati syahid tak pernah serik puak ni kena tipu ngan ulamak haprak pas....mati katak oh mati katakkk kah kah bodo bodo
bendera BN la bodo..
Parti hamPAS mmg begitu caranya.
Nak diikutkan,buluh bkn pengalir arus elektrik.tp mcmna blh shot plk?ni smua iktibar pd kita yg msh bernyawa.insaflah.
Assalamualaikum,
Jangan hanya dek imbuhan wang yang tak seberapa anda sanggup menyebarkan berita yang belum pasti kebenarannya.Bersegeralah untuk bertaubat dan hadirkanlah diri ke majlis-majlis ilmu supaya diberikan panduan untuk anda melihat dengan mata hati yang mana satu kebenaran dan yang mana satu kebatilan.
Post a Comment