Wednesday, April 25, 2012
DUA SAHABAT MAUT KEMALANGAN..!!!
Anggota polis trafik terpaksa mengutip cebisan otak dua sahabat yang maut selepas motosikal ditunggangi terbabas sebelum kedua-duanya digilis kenderaan lain dipercayai lori dalam satu kemalangan ngeri di Sungai Nibong, di sini semalam.
Dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, dua sahabat terbabit, Mg Ye Paing, 19, dan Thn Toe Naing, 18, kedua-duanya warga Myanmar dikatakan dalam perjalanan dari Georgetown ke tempat kerja mereka di kawasan Bayan Lepas.
Bagaimanapun, sejurus tiba di lokasi kejadian, mangsa dikatakan cuba mengelak sebuah kenderaan sebelum terbabas dan kedua-duanya terjatuh. Ketika itu, sebuah lagi kenderaan tidak sempat mengelak dan terus menggilis badan dua sahabat terbabit menyebabkan kepala kedua-duanya pecah dan otak bersepai.
Mangsa maut dengan keadaan muka tertiarap dan terseret di atas jalan dan mayat mereka berhampiran antara satu sama lain. Orang ramai yang pada mulanya berhenti untuk melihat kemalangan itu juga dilihat meneruskan perjalanan kerana tidak sanggup menatap keadaan mayat yang ngeri itu.
Difahamkan, ketika kemalangan tidak banyak kenderaan melalui jalan berkenaan dan dua mangsa terbabit kemungkinan menunggang motosikal dengan laju. Tinjauan di lokasi kemalangan mendapati anggota trafik bertugas terpaksa mengutip cebisan otak dua mangsa berkenaan yang dilihat terkeluar daripada tempurung kepala masing-masing.
Pasukan bomba kemudian menggunakan tekanan air untuk mencuci kawasan itu yang dipenuhi darah dua mangsa terbabit. Difahamkan, seorang pemandu lori membuat laporan berhubung kemalangan terbabit dan polis sudah mengambil keterangan daripadanya bagi membantu siasatan.
Sementara itu, Ketua Trafik Pulau Pinang, Deputi Superintendan Abdul Rahim Md Din mengesahkan kemalangan itu. “Kami menahan seorang lelaki dan mengambil keterangannya selepas dia membuat satu laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Barat Daya dan setakat ini siasatan lanjut masih dijalankan. “Mayat dua mangsa dihantar ke Hospital Balik Pulau untuk bedah siasat,” katanya.
Malang x berbau...
ReplyDeleteNURUL IZZAH HINA ORANG MENINGGAL DEMI POLITIK!! Baca di sini...
http://apakecoh2.blogspot.com/
kau ingat orang pakatan rakyat ke, berblog mesti kena bayar macam si Milo Suam sotong tu...!!!
ReplyDelete