“Sejak enam bulan lalu, kami penduduk Kampung Sungai Pinang terdedah bau busuk dan bahaya yang berpunca daripada longgokan sampah haram yang dibuang di kawasan lapang kira-kira 50 meter dari kawasan rumah,” kata Ahmad Shuib Ahmad Hariri, 33.
KOTOR...Ahmad Shuib menunjukkan longgokan sampah haram di Kampung Sungai Pinang, Klang. |
“Saya risau sekiranya masalah ini tidak diatasi segera, ia akan memudaratkan kesihatan penduduk terutama anak kecil,” katanya. Selepas beberapa kali membuat aduan, Majlis Perbandaran Klang (MPK) dengan kerjasama Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) Klang mula membersihkan tapak longgokan sampah haram yang menghantui penduduk kampung.
Timbalan Pengarah Perkhidmatan Persekitaran MPK, Azmie Muji berkata, kerja membersihkan tapak itu mengambil masa dua minggu. Katanya, keseluruhan longgokan sampah dianggarkan berjumlah 50 tan hingga 60 tan akan diangkut serta dihantar ke pusat pelupusan sampah di Jeram, Kuala Selangor.
“MPK menggunakan satu jengkaut, tiga lori dan sebuah tong besar bagi mempercepatkan kerja pembersihan kawasan ini bagi mengelak timbul masalah lain seperti penyakit taun dan denggi,” katanya ketika ditemui di lokasi, semalam.
Sementara itu, jurucakap PTD Klang ketika ditemui berkata, 18 pemilik tanah berkenaan tidak dapat dikesan sehingga kini. Katanya, meskipun mempunyai maklumat mengenai semua pemiliknya, mereka gagal dikesan berikutan alamat yang didaftarkan tidak wujud.
“PTD sudah mengeluarkan notis di Balai Penghulu Rantau Panjang supaya pemilik dapat melihat nama mereka. Jika pemilik masih gagal tampil selepas tempoh notis berakhir, kami mengeluarkan notis 8A dengan tanah mereka akan dirampas,” katanya.
No comments:
Post a Comment
KOMEN LA APA NAK KOMEN, KLBOYZ MALAS NAK TAPIS-TAPIS, KOMEN JER LA..,TAPI KALAU BOLEH GUNAKAN BAHASA YANG ORANG BOLEH FAHAM & BERFIKIR..
TANGGUNG SENDIRI....!!?