Wednesday, March 14, 2012

YAHOO SAMAN FACEBOOK...!!!


Yahoo Inc. menyaman Facebook berhubung 10 paten, termasuk kaedah dan sistem untuk iklan di laman web, menurut salinan saman berkenaan, semalam.

Kes tuntutan itu yang difailkan di San Jose California menandakan pertelingkahan undang-undang terbesar pertama antara gergasi teknologi dalam media sosial dan peningkatan besar litigasi paten yang telah melanda telefon pintar dan sektor tablet serta syarikat teknologi tinggi seperti Apple, Microsoft dan Motorola.

Kes tuntutan mahkamah paten Yahoo itu dibuat ekoran pengumuman rancangan Facebook untuk membuka tawaran saham kepada umum yang akan menjadikan syarikat itu bernilai kira-kira AS$100 bilion (RM300 bilion).

Jurucakap Facebook tidak dapat dihubungi untuk memberi ulasan, semalam. Dalam satu kenyataan e-mel, Yahoo berkata, ia yakin pihaknya akan menang. “Malang sekali urusan dengan Facebook masih belum selesai dan kami terpaksa menuntut kerugian di mahkamah persekutuan,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

Beberapa syarikat rangkaian sosial, termasuk Facebook telah menyaksikan peningkatan dalam tuntutan paten yang dibuat ke atas mereka ketika mereka dalam proses penyenaraian awam.


- Reuters

1 comment:

KOMEN LA APA NAK KOMEN, KLBOYZ MALAS NAK TAPIS-TAPIS, KOMEN JER LA..,TAPI KALAU BOLEH GUNAKAN BAHASA YANG ORANG BOLEH FAHAM & BERFIKIR..
TANGGUNG SENDIRI....!!?