Wednesday, March 14, 2012

CURI PASIR DI SELANGOR SEMAKIN HEBAT..!!!



Kecurian pasir di Selangor menjadi bertambah buruk dengan penemuan terbaru satu lagi kawasan perlombongan pasir bersaiz tiga buah padang bola sepak.

Ianya dipercayai menjadi aktiviti perlombongan pasir haram terbesar di negeri ini yang dikesan oleh pihak berkuasa setakat ini.

Pejabat Tanah Hulu Selangor menemui aktiviti ini berhampiran SKC Kampung Timah di Bukit Beruntung semasa penguatkuasa mengadakan serbuan terhadap pencuri pasir minggu lepas.

Mereka yang melakukan kesalahan melarikan diri semasa serbuan itu, meninggalkan jengkaut dan lori.

Penolong Pegawai Daerah Mohd Rohib Misnan berkata aktiviti haram ini telah berlaku dalam tempoh enam bulan lalu, sambil mengakui bagaimanapun adalah sukar untuk menangkap pencuri.

"Kami telah menempatkan pegawai-pegawai kami untuk memerhatikan situasi yang berlaku ini," katanya.

Ketika serbuan, pegawai menemui platform terapung dengan pam penyedut di tengah Sungai Selangor untuk mengasingkan pasir dari dasar sungai.

Terdapat juga bukti yang menunjukkan pasir diletakkan di tepi sungai untuk dibasuh. Dua tempat pembersihan pasir telah dikesan.

Dipercayai pencuri menggunakan tiga mesin pengorek untuk mengaut pasir yang telah dibersihkan dan memasukkannya ke dalam lori.

Sumber dari pejabat tanah berkata kenderaan berat dilihat kerap berada di kawasan ini pada waktu petang atau awal pagi untuk mengelak dari pemerhatian.

- Oleh WARTAWAN THE STAR

No comments:

Post a Comment

KOMEN LA APA NAK KOMEN, KLBOYZ MALAS NAK TAPIS-TAPIS, KOMEN JER LA..,TAPI KALAU BOLEH GUNAKAN BAHASA YANG ORANG BOLEH FAHAM & BERFIKIR..
TANGGUNG SENDIRI....!!?