Saturday, March 17, 2012
BATU BERDIRI GEMPARKAN KAMPUNG BUKIT BATU PUTIH..!!!
Penduduk Kampung Seberang Ramai, di sini, gempar seketika selepas puluhan batu pelbagai saiz ditemui dalam keadaan terpacak di kawasan tepi pantai berhampiran Kampung Bukit Batu Putih, kelmarin.
Kejadian disedari seorang lelaki yang dikenali sebagai Radzi, 40, pada jam 10 malam ketika memancing di kawasan berkenaan apabila melihat puluhan batu berada dalam keadaan terpacak sepanjang 50 meter di pantai itu.
Menurutnya, sebaik saja menemui batu itu, dia memeriksa di sepanjang pantai berkenaan sebelum menemui beberapa lagi lokasi batu terpacak berdekatan.
“Saya memaklumkan kepada rakan dan penduduk kampung sebelum kawasan berkenaan dipenuhi orang ramai termasuk pihak berkuasa.
“Keadaan susunan batu pelbagai saiz itu juga jika dilihat dari jarak dekat nampak mustahil ia disusun orang kerana keadaannya yang terpacak dari pangkal batu yang tirus,” katanya.
Radzi berkata, batu berkenaan bersaiz sederhana besar dan kelihatan berdiri di atas batu lain dalam keadaan menegak.
Menurutnya, dia hanya sempat merakamkan beberapa gambar batu berkenaan sebelum ia terjatuh selepas dilanggar orang ramai yang memenuhi kawasan pantai.
Katanya, dia tidak tahu mengenai kewujudan batu berkenaan sehingga bertindak menyuluh kawasan pantai yang gelap sebelum terkejut melihat batu-batu itu dalam jumlah yang banyak.
“Saya tidak menolak mungkin ia adalah kejadian aneh yang pertama kali berlaku di kawasan ini, namun tidak mengetahui siapa yang melakukannya,” katanya.
opocot!! terkejut i
ReplyDeleteapa nak heran ... kuasa allah boleh buat apa saje... tak pelik pun
ReplyDeleteAtau ada budak2 nakal nak gemparkan orang kampung..
ReplyDelete