Sunday, March 25, 2012
ANWAR DICABAR PERCEPATKAN SAMAN...!!!
Perangai pemimpin pembangkang kebanyakannya memang macam ni, telah diasuh oleh ketuanya Anwar untuk mengelak segala kelakuan buruk mereka sendiri. Kenapa Anwar tak menyaman dari dulu lagi..??
Asyik buat gempak nak saman, tetapi sampai sekarang masih tak dibuat..!!! Samanlah sekali Umi Hafilda kerana lantang membuat pembongkaran pekong Anwar kepada khalayak ramai.
Kenapa dari dulu lagi tak dibuat oleh ketua pembangkang ni..?? Cuma gempak je lebih..!!!
KUALA LUMPUR - Senator Datuk S. Nalakaruppan tidak akan berganjak daripada kenyataannya baru-baru ini yang mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak layak sebagai pemimpin dan tidak gusar dengan notis menarik balik kenyataan yang disampaikan oleh peguam Anwar kepadanya.
Malahan, Nalakaruppan mencabar Ketua Pembangkang dan Ketua Umum PKR itu supaya menyegerakan tindakan undang-undang ke atasnya.
Bercakap dalam sidang akhbar di sini hari ini, Nalakaruppan berkata, peguam Anwar telah menghantar notis tuduhan fitnah dan berniat jahat terhadap ketua pembangkang itu pada Khamis lepas yang memberinya tempoh 48 jam untuk menarik balik kenyataan itu.
"Saya telah menerima notis itu dan saya tidak akan menjawab suratnya itu. Saya akan terus bercakap mengenai beliau sehingga beliau mendakwa saya di mahkamah," katanya.
Senator Mohamad Ezam Md Noor yang hadir dalam sidang akhbar itu berkata, tindakan Anwar menghantar notis itu menunjukkan bahawa beliau takut dengan pendedahan yang dibuat oleh bekas rakan baiknya itu.
- Bernama
No comments:
Post a Comment
KOMEN LA APA NAK KOMEN, KLBOYZ MALAS NAK TAPIS-TAPIS, KOMEN JER LA..,TAPI KALAU BOLEH GUNAKAN BAHASA YANG ORANG BOLEH FAHAM & BERFIKIR..
TANGGUNG SENDIRI....!!?