Saturday, March 10, 2012

3 BERANAK MATI RENTUNG SAMBIL BERPELUKAN..!!!


Menyayat hati apabila seorang ibu ditemui mati rentung berpelukan dengan dua anak perempuannya dalam bilik tidur utama selepas terperangkap dalam kebakaran sebuah rumah teres di Seri Kembangan, di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.45 pagi itu, mangsa yang juga seorang warga Vietnam, Huyah Thi Ngoc Thao, 30-an, ditemui bersama anaknya, Yap Siew Yiee, 6, dan Yap Siew Yoon, 5, di atas katil dipercayai gagal keluar menyelamatkan diri.



Kebakaran membabitkan tiga deretan rumah teres berkenaan turut menyebabkan suami mangsa, Yap Yao Chong, 43, melecur lebih 50 peratus dan ditemui tidak sedarkan diri di luar pintu bilik utama itu.

Difahamkan, dua adik perempuan wanita terbabit, Ngoc Thao, 18, dan Lam Thi Bich Phufong, 16, terselamat selepas berjaya keluar dari rumah berkenaan dan sempat meminta bantuan jiran.

Namun, api dipercayai marak dengan cepat menyebabkan Yao Chong melecur teruk ketika cuba menyelamatkan isteri serta dua anaknya itu dan kini menerima rawatan di unit kecemasan Hospital Serdang, di sini.

-SUMBER MYMETRO

1 comment:

KOMEN LA APA NAK KOMEN, KLBOYZ MALAS NAK TAPIS-TAPIS, KOMEN JER LA..,TAPI KALAU BOLEH GUNAKAN BAHASA YANG ORANG BOLEH FAHAM & BERFIKIR..
TANGGUNG SENDIRI....!!?