Wednesday, February 29, 2012

PAS RELA BANGSA DAN AGAMA DIBELAKANGKAN...!!!


Pas bersedia menerima seorang Timbalan Presiden daripada kalangan bukan Islam sekiranya ia satu keperluan dan ada tuntutan seperti yang dilakukan parti Ikhwanul Muslimin di Mesir.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad (gambar) berkata, dalam Islam, terdapat dua perkara iaitu perkara tetap dan perkara yang boleh berubah, contoh yang boleh berubah adalah perkara politik.

Menurutnya, Pas tidak terlalu taksub dengan berkeras mengatakan orang bukan Islam tidak boleh memegang jawatan tertinggi parti.

Namun jelas Ahli Parlimen Kuala Selangor ini, kata putus akhir hanya akan ditentukan oleh Majlis Syura dan Muktamar Pas.

“Itu kelebihan Islam kerana mampu menangani perubahan-perubahan zaman sehingga hari kiamat, maknanya Islam memberi izin kepada kita (untuk menerima Timbalan Presiden) dari bukan Islam,” katanya pada Wacana Sinar Siri Ke-11 di sini, hari ini.

Pada pilihan raya umum Mesir baru-baru ini, Parti Kebebasan dan Keadilan yang ditubuhkan Ikhwanul Muslimin telah memenangi pilihan raya itu. Parti tersebut diterajui Dr Mohd Mursi yang juga Pimpinan Pusat Ikhwanul Muslimin.

Antara pimpinan tertinggi Parti Kebebasan dan Keadilan adalah seorang Kristian, Dr Rafiq al-Habib yang memegang jawatan Timbalan Presiden II.

Ditanya adakah perubahan itu bermula dengan penubuhan Dewan Himpunan Penyokong Pas, Dzulkefly berkata, ia adalah salah satu transformasi yang sentiasa dibawa Pas.

“Dalam Islam, perkara urus tadbir amat terbuka, apapun kami bersedia menerima perubahan ini mengikut keperluan dan kepentingan,” katanya.


- SINAR HARIAN

Parti Ikhwanul Muslimin berlainan dengan Pas, Ikhwanul Muslimin adalah hai'ah jaamiah iaitu sebuah organisasi menyeluruh dan bukan semata-mata parti politik. Bila terlibat sebagai parti politik seperti juga di Jordan, Ikhwanul Muslimin menubuhkan parti politik ie Freedom and Justice Party (FJP), dan melantik Coptic Christian intellectual Rafiq Habib sebagai naib president bukan timbalan presiden.

Strategi Ikhwanul Muslimin amat berbeza dengan Pas kerana Ikhwanul Muslimin adalah jamaah induk ummah, bergerak seluruh dunia, lebih dari 70 buah negara. Berbeza dengan Pas, terpaksa memikul dua peranan sekali gus tanpa menubuhkan sayap parti politk memandang keadaan dan suasana Mesir/Arab dan Malaysia adalah berlainan.

Tambahan pula, PAS bukan cabang Ikhwanul Muslimin, justeru Ikhwanul Muslimin mempunyai syarat keahlian sedang FJP terbuka.

Kemungkinan juga Dr Dzul ingin menjadikan Pas seperti Freedom and Justice Party (FJP), dan beliau berwala' dengan jamaah induknya IRC..???

Tetapi kami pewaris PAS akan jadi apa..???
Apakah kami terpaksa berintima' dengan tabligh..??? Ataupun Arqam.???

Ataupun kami kembali ke pondok dan berbincang semula penglibatan kami dengan jamaah islamiyyah yang mana satu atau perlu kami tubuh yang baru..??

PAS sudah jadi hanya wadah politik bukan jamaah islamiyyah...!!!


- DEDAHAN RASA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT PAS

3 comments:

  1. Kenapa mengikuti amalan ikhwanul muslimen yang belum tentu betul atau berada dilandasan yang benar, kenapa tak mengambil contoh yang terbukti benar iaitu para sahabat nabi dizaman Khulafak ArRashidin?. inilah pemesongan jalan dan pembawakan didalam PAS yang patut disedari oleh umat islam di Malaysia. Semua keputusan mereka adalah bergantung kpd keadaan, bukan sesuatu rujukan yang sentiasa mendapat petunjuk dari nya. iaitu para sahabat R.H.

    ReplyDelete
  2. Dah terdesak sgt ke nak raih undi bkn Islam sampai nak jadikan bkn Islam sbg pemimpin?

    NURUL IZZAH SESAT DI LEMBAH PANTAI PART I. Baca di sini...

    http://apakecoh2.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. kalau dulu umno itu haram kerana bekejersama dengan bukan islam'


    tapi sekrang umno tetap haram tapi takper untuk pas ambil bukan islam jadi timbalan bukan naib timbalan contohnya kalau nik aziz mati timbalan ni yang naik, jadi nanti dpaatlah presiden bukan islam tadbir PAS..logik habis lah tu...

    tpai takper untuk pas bersekongkol dengan dap hidraf anwar yang sokong isreal kerana bila ini semua dengan pas maka halallah jadinya....

    dabel standard dabel standard dabel standard cukup2lah hina islam tu pas oi...

    ReplyDelete

KOMEN LA APA NAK KOMEN, KLBOYZ MALAS NAK TAPIS-TAPIS, KOMEN JER LA..,TAPI KALAU BOLEH GUNAKAN BAHASA YANG ORANG BOLEH FAHAM & BERFIKIR..
TANGGUNG SENDIRI....!!?