Friday, February 10, 2012

HADI KECEWA ADA TANGAN GHAIB KUASAI PAS..!!!



Merasa kecewa dengan apa yang berlaku dalam kepimpinan Pas sejak kebelakangan ini menyebabkan presidennya , Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengambil keputusan untuk tidak bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

Bekas Pembantu Khas Datuk Seri Anwar Ibrahim, Rahimi Osman berkata Presiden Pas itu mengambil keputusan sedemikian apabila menyedari kepimpinannya tidak dipedulikan oleh partinya dan terpaksa mengikut telunjuk pihak luar untuk membuat sesuatu keputusan.

"Contoh paling jelas ialah apa yang berlaku kepada Dr Hasan Ali (bekas Pesuruhanjaya Pas Selangor), beliau dipecat tanpa diberi peluang selepas mengeluarkan kenyataan terhadap Anwar Ibrahim baru-baru ini.

"Sebelum ini Dr Hasan lantang mempertahankan Islam walaupun tidak disenangi DAP dan PKR, namun selepas kes membabitkan Anwar Ibrahim, Dr Hasan terus dipecat, ini menunjukkan adanya tangan-tangan ghaib dalam membuat keputusan itu," katanya.

2 comments:

  1. dia Presiden Parti..bukannya ahli biasa.
    Dia adalah orang alim..bukannya orang awam.

    Terpaksa pasal apa? Sejak bila PAS perlukan PKR? Sejak bila PAS perlukan DAP?
    Ahli2 PAS lebih ramai dari ahli2 PKR..lebih hebat dari ahli2 DAP
    (lebih hebat dari sikap angguk2 pada pempin)

    Terpaksa pasal ada hutang apa?

    PAS menang banyak kerusi bukan faktor PKR, atau faktor DAP..tapi adalah faktor KJ dan Pak Lah.

    ReplyDelete
  2. Tangan ghaib tu tangan Anwar lah dan penyokongnya dalam PAS...

    SETELAH DITELANJANGKAN DI LEMBAH PANTAI, NURUL IZZAH LARI KE SINGAPURA!! Baca di sini!!

    http://apakecoh2.blogspot.com/

    ReplyDelete

KOMEN LA APA NAK KOMEN, KLBOYZ MALAS NAK TAPIS-TAPIS, KOMEN JER LA..,TAPI KALAU BOLEH GUNAKAN BAHASA YANG ORANG BOLEH FAHAM & BERFIKIR..
TANGGUNG SENDIRI....!!?