NETWORKEDBLOGS
BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA
Friday, February 17, 2012
ANWAR BAPA RASUAH..!!!
Keengganan seorang ahli perniagaan, John Soh Chee Wen, 50, menyumbangkan RM300 juta kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim empat tahun lalu dikatakan menjadi punca Ketua Pembangkang itu kempunan untuk menduduki Putrajaya seperti diimpikan beliau pada 16 September 2008.
Pengendali portal berita Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin yang pernah rapat dengan Anwar mendakwa, wang RM300 juta itu sangat diperlukan Anwar ketika itu untuk digunakan sebagai bayaran 'pendorong' RM10 juta seorang bagi 30 wakil rakyat Barisan Nasional (BN) melompat parti dan seterusnya membantu beliau merampas Putrajaya.
"John Soh tidak bersetuju membiayai RM300 juta untuk tujuan tersebut melainkan Anwar mampu menjanjikan kejayaan. Tetapi bagaimana Anwar boleh memastikan kejayaan?
"Terdapat 30 Ahli Parlimen BN pada waktu itu. Jika mereka boleh menjual diri kepada satu pihak, maksudnya mereka boleh berbuat demikian ke pihak lain juga.
"John Soh enggan mengeluarkan RM300 juta dan ia mengakhiri impian (Anwar) memasuki Putrajaya. Itu juga bermakna Anwar perlu menghadapi perbicaraan liwat kedua. Hanya satu cara beliau boleh mengelakkan (perbicaraan) liwat itu iaitu dengan menjadi Perdana Menteri, yang tidak akan terjadi sekarang," katanya.
Tambahnya, hubungan Anwar dengan John Soh mulai renggang selepas keengganan ahli perniagaan itu membiayai wang tersebut walaupun kedua-dua pemimpin sebelum itu pernah bertelagah mengenai keperluan menyingkirkan Exco Selangor, Elizabeth Wong ekoran kontroversi gambar bogelnya.
"Apabila keadaan bertambah parah dan mustahil untuk berbaik-baik, John Soh dan Anwar 'berpisah.' Kemuncaknya ialah pada Pilihan Raya Negeri Sarawak hampir setahun lalu," katanya.
Dalam pada itu, Raja Petra mendakwa, bangunan yang menempatkan ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini dimiliki oleh John Soh.
Dengan jumlah hutang sewa bangunan PKR sehingga Jun 2010 adalah sebanyak RM600,000, katanya, hutang sewa bangunan terkumpul parti itu dianggarkan bernilai RM1 juta.
Selain itu, menurutnya, John Soh telah membelanjakan sekitar RM30 juta untuk menaja Anwar dan PKR sejak 1998.
"Apa yang ramai orang tidak tahu, kecuali individu dalam lingkaran Anwar ialah John Soh bukan hanya pembiaya PKR. Dia adalah seorang strategis utama yang menumpukan kepada cara-cara memenangi Kerajaan Persekutuan dalam pilihan raya umum akan datang," katanya.
- SUMBER UM
- John Soh punca cita-cita 16 Sept. 2008 kempunan
- KUALA LUMPUR 16 Feb.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TOP HOT ARTIKEL
-
Kak Wan termengah-mengah bila tengok video PART 3 ni, sebab bab yang ni paling menyakitkan hatinya. Dipertahankan Anwar sari pelbagai su...
-
Dalam pada masa berlegar-legar di sekitar demontrasi mahasewel robot belaan Anwar untuk menghidupkan nyawanya, terjumpa pulak binatang ala...
-
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Pulau Pinang hari ini membuat 25 laporan polis berhubung kenyataan Ketua Menteri, Lim Guan...
-
Seorang wanita berusia 37 tahun menempuh detik hitam dalam hidupnya apabila bukan saja disamun tiga lelaki bersenjatakan pisau tetapi turut...
-
Hospital Besar Tengku Mizan telah dirasmikan oleh Agong dan Najib memang tesergam indah, begitu luas dan besar kawasan telah digunapakai u...
-
MAJLIS pelancaran model terbaru Proton - Preve di Seri Kembangan, Selangor, pada 16 April 2012. Preve berharga dari RM59,990 hin...
-
Petikan dari risalah ini yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu Tajuk : MALAYSIA, RAKYAT CINA, DAP DAN SELURUHNYA Rencana ini akan ...
-
Inilah kebolehan istimewa yang ada pada PAS, iaitu mati hidup semula. Kehebatan ini sememangnya tiada dalam UMNO BN, kerana PAS mempunyai...
-
“Biasalah tu. Ada orang mempersoalkan. Suka atau tidak, itu hak masing-masing. "Namun yang sebenarnya, ramai orang ucap tahniah p...
-
Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional menggesa kerajaan untuk menunaikan manifesto Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) untuk mengurangk...
5 comments:
apa lah kelabu asap awk ni, john soh tak bagi kan. itu kira rasuah ke? nak bawa mahkamah pun tak boleh, duit tak dibagi. yang sah nya khir toyo, ts ISA felda, ramai lg lah malas nak sebut, buat dosa je. pokoknya pemain umno itu sinonim dgn rasuah. aku bukan penyokong DSAI, tp buat apelah hari2 kita nak hentam dia.kalau dia liwat, itu dosa dia dengan ALLAH atau dengan saiful.kita tak kena mengena buat pe cari dosa kering.pemimpin dunia barat tu tak menikah pun , tak islam pun, boleh je jd PM. Kenapa DSAI takboleh. Kan negara ni demokrasi. Moral itu antara dia dgn ALLAH. Kau ingat pemimpin UMNO tu baik sangat ke moral nya. Cuma belum terbongkar je. Aku yg atas pagar ni pun naik meluat dgn karenah UMNO/BN apa lagi lah orang2 PR.aku bukan org politik, otak pun lembab. tp aku pening memikirkan.ape ke jadah nya dua ekor polis tu bunuh altantuya. betima tu kacau rumah tangga diaorang ke, kacau bini diaorang ke,kacau keluarga diaorang ke walhal mereka kenal pun tidak. pandai pulak buat bom buatan sendiri. cuba klboyz citer sikit.
Si Akrab ni kata x kisah kalau pemimpin kaki liwat? Ko ni org islam ke kafir blh meredhakan liwat berleluasa?
PUSAT KHIDMAT NURUL IZZAH SEKADAR HIASAN SEMATA-MATA!! Baca di sini!!
http://apakecoh2.blogspot.com/
..rakyat Amerika pun tolak Presiden mereka dan juga ahli sukan golf ternama yg kaki zina..tapi pelik orang Islam Melayu di Malaysia boleh terima, malah mendewa2kan pemimpin politik mereka yg 'kotor' walau pun menjadi ketua demo Bersih 2.0 ...
Dey macha. . AKRAB . ..Nuar membalun sepol dgn cina doll memang dosa dia, .kalau dibuat depan public pun ko tak kisah. .Kerana itu hak kebebasan rakyat. . Apa apa dosa diberi hak esklusif yg konon tak memudaratkan sesiapa. . .
Yg aku tak mahu Nuar tu. .Sbb dia nak jadi pemimpin kpd 60% penduduk islam melayu. Kita mahu pemimpin yg ahklak terpuji. .Jauh dari subahah. . .itu je.
Yg ko tak nak undi UMNO/BN itu hak ko. . UMNO tak bayar pun kalau ko nak lompat undi BN. . Masaalahnya kalo ko jadi pemimpin mana2 parti bolehkah ko lebih elok dari diaorang. .
Ada mana2 organisasi hatta peringkat kampong/taman yg ko bergiat bagi menyerlah kepimpinan ko. . .Dari cara penulisan ko terdedah sudah nampak mentali ko yg kurang . . .Umpama baca kulit tak baca isinya. . .
Aku suruh ko berbanyaklah caci cerca. . Kerana dosa ko ngan tuhan je. . Konon Hak kebebasan insani. . Idea plurisma sepertimana LGBT. .siapa nak dakwa ko , kalau memang ko bodoh dan gagal mengadaptasi akal yg jernih lagi cerdik
dey macha akrab!!...elok ko dapat menantu pompuan atau menantu lelaki yg buruk,teruk dari meliwat,
kaki betina dsb....amacam aper ko rasa,aper sedara ko kata,aper kawan kata,aper orang kampong kata kat ko?....malu dak?
anih sungguh klu dah tau perangai orang takkan ler nakkan dijadikan bakal pemimpin dlm keluarga,masyarakat dan negara?
realitinya yg masih tidak sedar adelah orang-orang yg taksub dan buta hati sahaja...
Post a Comment