Tuesday, January 3, 2012
ZULKIFLI NORDIN CABAR ANWAR DAN SAIFUL...!!!
Zulkifli Noordin mencabar Anwar Ibrahim dan bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan menghadiri solat hajat yang akan diadakan pada Khamis dan Jumaat ini di dua buah masjid di Kuala Lumpur.
Solat hajat yang dirancang akan diadakan pada sebelah malam itu bertujuan memohon kepada Allah untuk menunjukkan kebenaran sekiranya salah seorang daripada mereka berbohong.
Solat hajat akan diadakan pada 5 Januari itu dicadang diadakan di Masjid Negara manakala pada 6 Januari di Masjid Kampung Baru, Masjid Wilayah Persekutuan atau Masjid Jamek Kuala Lumpur.
Beranikah Anwar turun pada hari tersebut bagi memohon petunjuk dan hidayah Allah untuk membuktikan siapakah yang benar dan siapakah sebenarnya yang berbohong, yang mana berbohong agar dilaknat Allah.
Mohd. Saiful Bukhari telah memberi kata putus bersedia untuk hadir, sekarang ni hanya tunggu jawapan Anwar saja...!!! Adakah Anwar berani berbuat demikian setelah sekian lama dinanti-nantikan oleh seluroh rakyat Malaysia.
Perkasa juga telah mengarahkan ahlinya di seluruh negara untuk mengadakan solat hajat sebelum 9 Januari ini bagi memohon supaya ibu kota dan rakyat di negara ini selamat dari segala ancaman yang boleh menghuru-harakan keadaan.
Jikalau betul Anwar berada di pihak yang benar, jangan berdalih lagi dan terus bersembunyi di sebalik kononnya mahkamah rakyat....!!! Berani ke Anwar bersumpah..??
No comments:
Post a Comment
KOMEN LA APA NAK KOMEN, KLBOYZ MALAS NAK TAPIS-TAPIS, KOMEN JER LA..,TAPI KALAU BOLEH GUNAKAN BAHASA YANG ORANG BOLEH FAHAM & BERFIKIR..
TANGGUNG SENDIRI....!!?