Monday, January 2, 2012

ANWAR BERJAYA MERAKYATKAN KES LIWATNYA...!!!



Berpegang pada prinsip sedia ada pada Anwar, masalah peribadinya juga cuba dirakyatkan kepada rakyat agar ditanggung bersama. Keegoaan Anwar sudah melampaui batas sehingga berani mencabar demokrasi perundangan negara Malaysia.

Sekiranya Anwar percaya kepada konsep negara demokrasi, beliau seharusnya meletakkan keyakinan penuh pada sistem perundangan negara. Anwar tidak sepatutnya mengheret orang ramai untuk bersama-sama berjuang di atas masalah peribadinya.

Anwar mengheret rakyat dalam masalah peribadinya, apatah lagi untuk merakyatkan kes liwat songsangnya. Jika benar Anwar dan pemimpin pembangkang yang lain yakin pada sistem demokrasi, maka seharusnya hendaklah bertindak dengan cara yang penuh demokrasi dan bukannya dengan cara berdemonstrasi.

Anwar mempengaruhi keputusan mahkamah dengan pendekatan politik berdemo jalanan bukan sahaja tidak menghormati sistem perundangan negara tetapi juga memperjudi nasib serta masa depan institusi kehakiman demi kepentingan politik sempitnya.

Keputusan masih belum pun dibuat, kenapa Anwar cuba nak mempolitikkan kes liwat songsangnya..??? Anwar seakan ketakutan kerana beliau tahu bukti yang ada menunjukkan dirinya sememangnya terlibat dengan gejala seks songsang.

No comments:

Post a Comment

KOMEN LA APA NAK KOMEN, KLBOYZ MALAS NAK TAPIS-TAPIS, KOMEN JER LA..,TAPI KALAU BOLEH GUNAKAN BAHASA YANG ORANG BOLEH FAHAM & BERFIKIR..
TANGGUNG SENDIRI....!!?