KLBOYZ CHANNEL

Saturday, December 3, 2011

PESANAN BUAT PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2011 DI HARI TERAKHIR



Perhimpunan Agung Umno 2011 yang masuk hari terakhir hari ini disambung semula pagi tadi dengan perbahasan usul agama, pendidikan dan sosial.

Sebanyak 14 perwakilan membahaskan usul tersebut sebelum disusuli dengan sesi penggulungan oleh pimpinan Umno termasuk Presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Turut menggulung perbahasan ialah ketiga-tiga naib presiden parti iaitu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Penggulungan juga membabitkan ketua ketiga-tiga sayap Umno iaitu Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (Wanita), Khairy Jamaluddin (Pemuda) dan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin (Puteri).

Perhimpunan itu yang bermula Selasa lepas melabuhkan tirainya hari ini.

-- BERNAMA
Unknown at 9:30 PM

No comments:

Post a Comment

KOMEN LA APA NAK KOMEN, KLBOYZ MALAS NAK TAPIS-TAPIS, KOMEN JER LA..,TAPI KALAU BOLEH GUNAKAN BAHASA YANG ORANG BOLEH FAHAM & BERFIKIR..
TANGGUNG SENDIRI....!!?

‹
›
Home
View web version

INFORMATION

Unknown
View my complete profile
Powered by Blogger.