Sunday, December 11, 2011

NIK AZIZ MAKI UTUSAN LAGI...!!!



Nafsu tidak mengenal usia termasuk nafsu untuk bergayut kepada jawatan. Orang yang menampilkan imej ulama dan tok guru juga tidak terkecuali.

Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat yang sudah uzur, mahu bertanding lagi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13). Macam tak percaya tetapi itulah realitinya.

Keputusan mengenai perkara itu telah pun dibuat. Sudah 40 tahun jadi wakil rakyat, apa nak lagi. Suatu ketika dulu, Nik Aziz perlekeh beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN) yang dianggapnya sebagai gila kedudukan.

Rupa-rupanya beliau lebih teruk daripada itu. Awang tidak kisah kalau tok guru masih sihat dan cergas. Teruskan. Tetapi akuilah bahawa fizikalnya kian lemah, pemikiran tidak secerdas dulu, pendengaran dan pertuturannya juga semakin tidak jelas. Khabarnya, untuk menyampaikan taklimat kepada beliau, juga agak payah kerana keuzurannya itu.

Itu belum bercakap tentang prestasi kepimpinan yang boleh dimanfaatkan oleh rakyat. Sejak menjadi Menteri Besar Kelantan pada tahun 1990, tidak banyak pencapaian dan kemajuan. Kehebatan Nik Aziz hanyalah berceramah sambil menutup kelemahannya dengan asyik menyerang pihak lain.

Semua orang tahu bagaimana keadaan Kelantan di bawah pentadbiran Pas yang diterajui oleh Nik Aziz. Tiada yang boleh dibanggakan. Malah perihal keperluan asas untuk rakyat - air bersih - masih belum dapat diselesaikan walaupun sudah berlarutan 20 tahun.

1 comment:

  1. apa pulak dok maki-maki utusan???ingat bapa dia punya syarikat ker...jadah betul..MANA AIR MINUMAN BERSIH UNTUK RAKYAT KLELANTAN????? MANAPERGINYA DUIT 600 JUTA TU????

    ReplyDelete

KOMEN LA APA NAK KOMEN, KLBOYZ MALAS NAK TAPIS-TAPIS, KOMEN JER LA..,TAPI KALAU BOLEH GUNAKAN BAHASA YANG ORANG BOLEH FAHAM & BERFIKIR..
TANGGUNG SENDIRI....!!?