Monday, December 26, 2011
ANWAR KAKI KENCING, LIBATKAN RAKYAT DALAM KES LIWATNYA..!!!
Janganlah terperangkap dengan sandiwara lakonan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang sekali lagi akan mengheret rakyat dalam isu buruk tingkahlaku moralnya menerusi Kempen Bebaskan Anwar 901.
Anwar sedar akan kesalahannya sebab itulah demi menyelamatkan dirinya Anwar mengheret rakyat sekali lagi berdemo ditengah jalan untuk menutup kelemahan yang ada pada dirinya.
Bekas Naib Ketua Angkatan Muda PKR, Mohd. Zahid Md. Arip berkata, Anwar umpama mengetahui beliau akan dijatuhkan hukuman bersalah dan sememangnya mengharapkan simpati rakyat untuk terus berpolitik.
Adakah oleh kerana Anwar seorang, maka kita sanggup jadi lembu Anwar dan membiarkan negara menjadi kacau-bilau...??
Mahasiswa terutamanya perlu berfikir sebaik-baiknya keran akan memberi kesan buruk jika ketegangan akibat demonstrasi liar berulang kembali seperti dizaman muda Anwar yang kuat memberontak dan berdemo diwaktu mudanya dahulu.
Kedengaran gerakan besar-besaran membabitkan pelbagai aktiviti yang sedang diatur pihak tertentu bagi mengalih perhatian orang ramai kepada Anwar menjelang keputusan perbicaraan kes liwat pada 9 Januari ini.
Dalam pada itu, bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari berkata, rakyat diminta tidak mudah terpedaya dengan strategi Ketua Pembangkang yang cuba menunjukkan seolah-olah dia menjadi mangsa konspirasi.
Anwar juga dilihat semakin terdesak menggunakan mahasiswa terpengaruh serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tertentu untuk mengganggu-gugat kestabilan negara.
Usaha sebegini tidak wajar disokong rakyat, kerana belum ada keputusan mahkamah sudah mula berkempen untuk membebaskan Anwar si kepala penipu.
Anuar berkata, Anwar sepatutnya berani menerima keputusan dan tidak melibatkan rakyat dalam kes liwatnya yang telah berlangsung sudah masuk kedua kali memalukan keluarganya sendiri.

No comments:
Post a Comment
KOMEN LA APA NAK KOMEN, KLBOYZ MALAS NAK TAPIS-TAPIS, KOMEN JER LA..,TAPI KALAU BOLEH GUNAKAN BAHASA YANG ORANG BOLEH FAHAM & BERFIKIR..
TANGGUNG SENDIRI....!!?