Tuesday, November 15, 2011

RAKYAT KELANTAN MASIH TIDAK SEDAR..!!?


Rakyat Kelantan perlu sedar bahawa segala masalah yang mereka hadapi seperti bekalan air, elektrik dan kemudahan prasarana yang lain tidak dapat diselesaikan selagi Barisan Nasional (BN) tidak memerintah negeri ini.

Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz berkata, semua permasalahan itu memerlukan peruntukan besar dan tanpa bantuan daripada Kerajaan Pusat yang diterajui oleh BN, ia tidak mungkin dapat ditangani.

Beliau percaya, seandainya BN diberi mandat membentuk kerajaan negeri pada pilihan raya akan datang, permasalahan rakyat tersebut akan dapat diselesaikan dengan segera.

“Justeru, rakyat perlu memberi kemenangan kepada BN untuk memerintah negeri supaya masalah yang dihadapi tidak lagi berpanjangan,” katanya ketika berucap pada Majlis Silaturahim bersama lebih 300 penduduk di Perumahan Kusial.

Hadir sama, Naib Ketua UMNO bahagian, Bakri Mustapha.

Menurut Ikmal Hisham, walaupun mengetahui rakyat berdepan pelbagai masalah, beliau tidak dapat membantu disebabkan kuasa terletak pada kerajaan negeri yang diterajui oleh Pas yang dilihat tidak cakna (ambil berat) terhadap rakyat.

Beliau berkata, sebilangan besar penduduk di daerah ini yang rata-ratanya petani dan penoreh getah, hidup dalam kesempitan dan memerlukan pembelaan.

“Bagaimanapun BN sukar menyalurkan bantuan kerana BN merupakan parti pembangkang di negeri ini,” katanya.


- UTUSAN MALAYSIA

No comments:

Post a Comment

KOMEN LA APA NAK KOMEN, KLBOYZ MALAS NAK TAPIS-TAPIS, KOMEN JER LA..,TAPI KALAU BOLEH GUNAKAN BAHASA YANG ORANG BOLEH FAHAM & BERFIKIR..
TANGGUNG SENDIRI....!!?