Monday, November 28, 2011

PELAJAR TAHFIZ AL-QURAN BERTERIMA KASIH PADA SHAHRIZAT



Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat meluluskan peruntukan sebanyak RM100,000 kepada Persatuan Madrasah Tahfiz Al-Quran Malaysia (Permata) bagi menjalankan aktiviti pembangunan kanak-kanak tahfiz.

Peruntukan itu bertujuan membantu golongan sasar iaitu kanak-kanak mendapatkan keperluan dan kemudahan yang selesa untuk meneruskan pengajian mereka di madrasah yang terlibat.

Kementerian turut mengadakan program keibubapaan kepada keluarga kanak-kanak yang berada di tahfiz berkenaan dan telah menjalankan pelbagai program berkaitan kanak-kanak namun kini berpeluang membantu mereka yang berada di tahfiz.

Mereka mempunyai potensi untuk menjadi penghafaz al-Quran yang baik. Justeru, kementerian berharap peruntukan yang diberikan akan membantu melancarkan perjalanan mereka untuk terus berjaya dan berjasa kepada negara serta agama kata Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pada sidang akhbar selepas merasmikan program KAR1SMA Al-Furqani 2011 dan perjumpaan perdana bersama tahfiz seluruh Malaysia.

Turut hadir, Setiausaha Permata, Zamzani Mahmud. Program itu diadakan bagi memelihara dan memperkasakan peranan institusi tahfiz dalam membentuk insan yang mampu berhadapan dengan cabaran sosial semasa.

- KUALA LUMPUR 27 NOVEMBER

No comments:

Post a Comment

KOMEN LA APA NAK KOMEN, KLBOYZ MALAS NAK TAPIS-TAPIS, KOMEN JER LA..,TAPI KALAU BOLEH GUNAKAN BAHASA YANG ORANG BOLEH FAHAM & BERFIKIR..
TANGGUNG SENDIRI....!!?