Friday, November 4, 2011

PAS BARU NAK PANDAI BERTERIMA KASIH PADA POLIS...!!!



Nampaknya Pemuda Pas akan mengadakan perhimpunan aman secara besar-besaran di semua masjid negeri selepas solat Jumaat bagi membantah penganjuran program Seksualiti Merdeka 2011 yang mempromosikan seks bebas.

Perhimpunan itu akan menyasarkan seramai mungkin umat Islam yang peka dan sensitif dalam isu penganjuran program itu kerana jelas ia bertentangan dengan syariat, adab susila dan fitrah manusia.

Pada perhimpunan Pemuda Pas akan memberi penjelasan kepada umat Islam supaya tidak memberi sokongan kepada aktiviti yang bertentangan dengan agama.

Dewan Pemuda PAS mengharapkan semua umat Islam termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) supaya hadir dalam perhimpunan aman itu bagi menyatakan bantahan.

Di Kuala Lumpur, perhimpunan besar-besaran akan dibuat di Masjid Kampung Baru manakala di Terengganu di Masjid Pengadang Baru selain masjid-masjid utama negeri seluruh negara.

Sementara itu, Bernama melaporkan Setiausaha Dewan Pemuda Pas, Khairul Faizi Ahmad Kamil meminta semua Pemuda negeri membatalkan perhimpunan bagi membantah program Seksualiti Merdeka, pembatalan itu ekoran pengumuman polis mengenai pengharaman semua aktiviti program tersebut.

Dewan Pemuda Pas mengucapkan tahniah kepada polis kerana bertindak pantas kerana program itu dilihat berpotensi mencemar imej Islam di negara ini.

No comments:

Post a Comment

KOMEN LA APA NAK KOMEN, KLBOYZ MALAS NAK TAPIS-TAPIS, KOMEN JER LA..,TAPI KALAU BOLEH GUNAKAN BAHASA YANG ORANG BOLEH FAHAM & BERFIKIR..
TANGGUNG SENDIRI....!!?