NETWORKEDBLOGS
BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA
Wednesday, November 30, 2011
BERITA BAIK BUAT KAUM INDIA DIMALAYSIA..!!!
Kerajaan memperuntukkan RM100 juta di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) untuk peniaga kecil kaum India di negara ini, bermula tahun depan.
Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam berkata, peruntukan itu diumumkan di bawah Belanjawan 2012 bagi meningkatkan pendapatan dan taraf ekonomi kaum India.
Menurutnya, antara usaha itu bagi membantu mereka meningkatkan proses pentadbiran dan pendapatan dalam proses mengendalikan perniagaan.
“Program ini melibatkan Program Transformasi Kedai Runcit (Tukar) iaitu kaum India yang menjalankan perniagaan berpeluang mengembang dan memperbaiki kekurangan perniagaan sedia ada melalui proses pemodenan perniagaan.
“Bantuan kewangan, sokongan dan nasihat turut diberikan supaya satu perubahan baru dalam proses pengendalian perniagaan lebih moden dapat dipraktikkan oleh masyarakat India khususnya.
“Mereka boleh menggunakan kemudahan disediakan untuk meningkatkan modal, seterusnya diharap mampu berniaga secara sihat,” katanya.
Beliau berkata demikian sempena Majlis Perasmian Kedai Tukar G S Saujana Enterprise di Taman Seri Duyung 2, semalam.
Sementara itu, sebanyak RM40 juta untuk mentransformasikan 500 premis perniagaan di bawah program itu diperuntukkan tahun ini.
Daripada jumlah itu, 47 adalah perniagaan yang diterajui masyarakat India.
SUMBER KLIK DISINI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TOP HOT ARTIKEL
-
Dalam pada masa berlegar-legar di sekitar demontrasi mahasewel robot belaan Anwar untuk menghidupkan nyawanya, terjumpa pulak binatang ala...
-
Kak Wan termengah-mengah bila tengok video PART 3 ni, sebab bab yang ni paling menyakitkan hatinya. Dipertahankan Anwar sari pelbagai su...
-
Hospital Besar Tengku Mizan telah dirasmikan oleh Agong dan Najib memang tesergam indah, begitu luas dan besar kawasan telah digunapakai u...
-
Oleh kerana terdesak kerana didesak memberikan darah atau DNA yang diperintahkan mahkamah, Anwar dah bersedia nak menghilangkan diri a...
-
Petikan dari risalah ini yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu Tajuk : MALAYSIA, RAKYAT CINA, DAP DAN SELURUHNYA Rencana ini akan ...
-
Rakaman video durasi 20 minit sukar dipalsukan, kata pengarah dan penerbit filem, Yusry Abdul Halim. Bagaimanapun, menurutnya ia juga b...
-
Inilah gelagat sekumpulan berumah kat Dataran merdeka, muka Melayu yang dah tak kenal adap dan sopan ketika di khalayak ramai. Sesuka hat...
-
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Pulau Pinang hari ini membuat 25 laporan polis berhubung kenyataan Ketua Menteri, Lim Guan...
-
Ini semua adalah rekaan dan perangkap sama sekali untuk menjatuhkan kepimpinan Najib yang sedang mencipta nama sebagai Perdana Menteri. ...
-
Anwar memang suka berbohong, temberangnya cukup hebat dan bernas memperdayakan rakyat supaya meraih sokongan untuk menaik kemarahan ra...


1 comment:
Salam bro,
Syok le kaum India ni ye. Kalau depa x bantu BN dlm PRU nanti, x tahu apa nak kat lagi.
Post a Comment