Tuesday, November 15, 2011

BANTUAN KERAJAAN PUSAT UNTUK RAKYAT MALAYSIA..!!!


Sekarang para Ibubapa sedang menikmati bantuan baharu persekolahan dibawah bajet tahun 2012 oleh kerajaan Pusat, untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak mereka.

Kementerian Kerajaan Malaysia sedang mengagihkan Bantuan Khas awal persekolahan sebanyak RM100 kepada murid-murid sekolah. Bantuan ini juga diharap dapat digunakan untuk perbelanjaan awal persekolahan murid pada awal tahun depan.

Walaupun tak banyak tetapi serba sedikit dapat mengurangkan kos perbelanjaan ibubapa dalam menguruskan persekolahan anak mereka pada awal tahun depan. Kerajaan Malaysia sedang melaksanakan bajet tahun 2012 yang telah dicadangkan tempoh hari dalam perbentangan bajet yang lalu.

Inilah bantuan dari pihak kerajaan Malaysia untuk rakyatnya tanpa mengira rakyatnya bernaung dalam parti apa sekalipun. Bukankah perkara seperti ini lebih menguntungkan rakyat Malaysia berbanding Kerajaan Pakatan PR yang sering memilih bulu untuk memberikan bantuan..??

2 comments:

  1. alhamdulillah...walaupun aku tak pro BN ..aku ku pun bayar income tax,itu pun kerajaan BN yang dapat dulu...

    ReplyDelete

KOMEN LA APA NAK KOMEN, KLBOYZ MALAS NAK TAPIS-TAPIS, KOMEN JER LA..,TAPI KALAU BOLEH GUNAKAN BAHASA YANG ORANG BOLEH FAHAM & BERFIKIR..
TANGGUNG SENDIRI....!!?