Thursday, October 27, 2011
TIKET FAM MELAMBUNG MAHAL DAPAT SUBSIDI..??
Bagi meredakan keluhan serta bebanan penyokong yang menganggap harga tiket final Piala Malaysia agak melampau, kerajaan negeri akan memberi subsidi sebanyak 50 peratus.
Kerajaan negeri telah mengarah Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) menempah 30,000 tiket kepada penyokong di seluruh negeri dengan pembayaran terus kepada persatuan tersebut.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said dalam satu kenyataan berkata, beliau mahu ia diagih ke seluruh negeri dengan 500 keping diperuntukkan bagi setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).
Langkah itu nyata melegakan penyokong yang terbeban kerana terpaksa mengeluarkan belanja lebih untuk pengangkutan dan penginapan, selain makan minum bagi memberi sokongan kepada pasukan mereka.
"PBSNT diminta mengagihkan 500 keping tiket kepada setiap kawasan Dewan Undangan Negeri dan dijual kepada penyokong Terengganu," katanya dalam satu kenyataan.
FAM mengumumkan harga tiket pertandingan akhir antara Terengganu dan Negeri Sembilan ditetapkan pada harga RM50 bagi semua tempat duduk, manakala tiket kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah RM5 .
Sementara itu, Presiden PBSNT, Datuk Che Mat Jusoh berkata, tiket itu akan diserah kepada Yang Berhormat (ADUN) dan Pegawai Pembangunan DUN untuk mengagihkan penjualan kepada peminat di DUN masing-masing selepas ini.
"Ini bagi mengelakkan pengagihan dimonopoli pihak tertentu memandangkan harga tiket yang dijual lebih murah daripada harga biasa," katanya semalam.
Che Mat berkata, baki bagi pembelian secara individu di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah pula dihadkan kepada 10 keping seorang.
Che Mat bagaimanapun berkata, peminat Terengganu yang mendapatkan tiket itu di Stadium Shah Alam tidak akan mendapat harga subsidi yang ditawarkan.
"Sebelum ni, MB setuju nak beri 20,000 tiket subsidi tapi dia tambah jadi 30,000 keping. Ini menunjukkan beliau betul-betul prihatin walaupun berada di luar negara ketika ini," katanya.
No comments:
Post a Comment
KOMEN LA APA NAK KOMEN, KLBOYZ MALAS NAK TAPIS-TAPIS, KOMEN JER LA..,TAPI KALAU BOLEH GUNAKAN BAHASA YANG ORANG BOLEH FAHAM & BERFIKIR..
TANGGUNG SENDIRI....!!?