PERJUANGAN KAMPUNG BUAH PALA BERHASIL...!!!
9 keluarga yang pernah mendiami Kampung Buah Pala tidak pernah mengalah dan tetap meneruskan perjuangan untuk menuntut hak mereka, akhirnya mendapat juga pampasan yang terpaksa diberikan daripada kerajaan DAP Pulau Pinang.
Pengerusi Pertubuhan Penduduk Kampung Buah Pala, M. Sugumaran berkata, mereka tidak akan berputus asa meskipun terpaksa berdepan pelbagai cabaran. Semangat mereka seharusnya dicontohi oleh penduduk kampung tradisional di Pulau Pinang yang sejak kebelakangan ini menjadi mangsa kerakusan kerajaan negeri dan pemaju.
“Saya harap perjuangan kami akan membuka mata rakyat supaya tidak mudah mengalah dalam memperjuangkan hak mereka. Jangan biarkan kerajaan negeri atau pemaju sewenang-wenangnya merampas hak kita,” kata M.Sugumaran.
Beliau ditemui pada majlis penyerahan kunci rumah pampasan kepada 24 keluarga Kampung Buah Pala yang dijanjikan sebelum ini. Mereka terdiri daripada 17 keluarga India dan tujuh keluarga Melayu yang merupakan penduduk asal kampung berkenaan.
Penyerahan kunci rumah tersebut disempurnakan oleh pemaju, Nusmetro Ventures (P) Sdn. Bhd., dan disaksikan sendiri oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng.
Dua tahun lalu, mahkamah memutuskan penduduk kampung tradisional India tertua di Pulau Pinang itu tidak mempunyai hak ke atas tanah di situ dan perlu mengosongkan kawasan itu, namun mendapat bantahan keras daripada penduduk.
Mengulas mengenai 24 keluarga yang mendapat pampasan itu, Sugumaran memberitahu, beliau gembira kerana perjuangan kesemua 33 keluarga terbabit selama ini tidak sia-sia. Hari ini mereka sudah dapat rumah yang mereka mahukan.
KALAU TAK DAPAT SEMUA MENYALAK...
ReplyDeleteKALAU DAH DAPAT SEMUA BAIK...
NI LA MENTALITI ORG YG PANDANG DUIT JER...
SEPATUTNYA MAU DOK MINTA LEBIH LAGI SEBAB PEMAJU TERLAMPAU KAYA DAN SENANG2 MENINDAS ORG SUSAH ATAS NAMA PEMBANGUNAN...
PEJUANG HAMAS...
sapa ada duit mmg berkuasa..haha
ReplyDelete