Wednesday, October 12, 2011

KHALID GAGAP SEMAKIN SOMBONG DAN PENTINGKAN DIRI..!!!


Projek perumahan di Selangor dikhuatiri terjejas teruk dan bermasalah berikutan krisis bekalan air dijangka berlaku di negeri itu pada 2014 gara-gara tiada kata putus daripada kerajaan negeri mengenai projek pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2.

Pengarah Eksekutif Projek Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), Sanusi Sulieman, berkata keengganan kerajaan negeri membenarkan pelaksanaan projek pembinaan loji air itu akan memberi kesan kepada projek pembinaan perumahan.

Malah, katanya, situasi berkenaan akan mengundang masalah kepada pemaju dan pembeli rumah di negeri itu yang dianggarkan 50,000 hingga 70,000 orang membuat permohonan setahun.

“Kami bimbang projek perumahan terbabit terjejas teruk berikutan masalah air, di samping tiada penyelesaian daripada kerajaan negeri. “Malah, lebih membimbangkan apabila krisis air akan mengganggu pelaburan di Selangor terutama pelabur antarabangsa,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Meja Bulat mengenai situasi pembekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, di sini, semalam.

Mesyuarat meja bulat itu membabitkan wakil daripada Gabungan Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (Fomca), Persatuan Pemantauan Air Selangor dan Wilayah Persekutuan (S3W), Forum Air Malaysia (FAM) serta Persatuan Air Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya (Swan).

Kira-kira 100 pengguna terdiri daripada wakil badan kerajaan, ahli perniagaan dan persatuan penduduk hadir pada sesi perbincangan itu. Pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 komponen utama bagi Projek Penyaluran Air Mentah dari Pahang ke Selangor.

Namun, projek berkenaan menemui jalan buntu selepas Selangor didakwa melengahkan kelulusan berkaitan pengambilan tanah, permit memasuki kawasan rizab hutan dan pengeluaran permit arahan pembangunan.

Projek yang diluluskan Kerajaan Persekutuan pada 2005 itu bertujuan menyalurkan air mentah sebanyak 1,890 juta liter sehari dari Sungai Semantan di Kampung Jambu Rias, Pahang ke Selangor. Sanusi berkata, sekiranya kerajaan Selangor melambatkan kebenaran untuk pembinaan loji itu dikhuatiri krisis bekalan air menjadi lebih teruk di negeri berkenaan.

3 comments:

  1. KALAU CERITA BAB KAYA..TAK GAGAP PULAK..

    ReplyDelete
  2. Saja nak tunggu air kering kat Selangor kot baru nak setuju.

    ANWAR IBRAHIM: HERO TAHI KUCING DI KAMPONG BHARU. Baca di sini...

    http://apakecoh2.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. Brapa projek khalid kaut? Ada sama mcm suami2 menteri atau bini2 menteri, PM dan sebagainya.. Kontraktor kalau betul2 nak berniaga, berniagalah secara gentleman, INGAT!!!!zaman jahiliah UMNO dah berlalu. Toksah harap nak kaya mudah. Usaha tangga kejayaan, bukannya 'usha tangga kejayaan'

    ReplyDelete

KOMEN LA APA NAK KOMEN, KLBOYZ MALAS NAK TAPIS-TAPIS, KOMEN JER LA..,TAPI KALAU BOLEH GUNAKAN BAHASA YANG ORANG BOLEH FAHAM & BERFIKIR..
TANGGUNG SENDIRI....!!?