Monday, October 3, 2011

KERAJAAN PAS KEDAH MENGKIANATI WANG RAKYAT..!!!



Tindakan Kerajaan Pas Kedah menggunakan sebahagian peruntukan penyelenggaraan jalan raya bagi membayar gaji dan kos pentadbiran kerajaan negeri disifatkan sebagai mengkhianati kepentingan rakyat yang berhak menikmati kemudahan jalan raya yang lebih selesa.

Sehubungan itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, kerajaan negeri harus memberi penjelasan kepada rakyat Kedah mengenai tindakan berkenaan.

"Bukankah peruntukan itu sepatutnya digunakan untuk menyelenggara jalan raya? Rakyat mengadu banyak jalan di negeri ini yang rosak tetapi tidak diambil peduli oleh kerajaan negeri sehingga mengakibatkan mereka tidak selesa, selain kerap berlaku kemalangan dan kerosakan kenderaan.

"Apakah kantung kerajaan negeri semakin kurang sehingga terpaksa menggunakan wang yang disalurkan kerajaan pusat untuk membayar gaji (kakitangan kerajaan negeri)," katanya.

Beliau mengulas kenyataan Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Phahrolrazi Zawawi seperti dilaporkan sebuah akhbar semalam yang menyebut, wang lebihan penyelenggaraan jalan bukan disimpan bagi tujuan yang tidak dimaklumkan kepada orang awam, sebaliknya digunakan untuk membiayai bayaran gaji, kos pentadbiran dan sebagainya.

Isu penyelenggaraan jalan raya di negeri ini menjadi perhatian apabila ia dibangkitkan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini setelah kerajaan negeri membelanjakan kira-kira RM50 juta sahaja daripada peruntukan Kerajaan Persekutuan sebanyak RM150 juta.

Ahmad Bashah berkata, isu berkenaan telah sering kali dipersoalkan dan jawapan terbaru daripada exco berkenaan merupakan sesuatu yang mengejutkan.

"Hampir RM100 juta wang berkenaan tidak digunakan. Apabila saya sering mendesak menerusi media, kerajaan negeri menjawab ia dimasukkan ke dalam tabung amanah dan sekarang mengakui ia digunakan bagi tujuan pentadbiran.

"Jawapan itu mengundang pertanyaan apakah kerajaan negeri sudah tidak ada duit untuk membayar gaji sedangkan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Razak sering membuat kenyataan bahawa kerajaan negeri tidak akan meminjam daripada Kerajaan Pusat untuk pembayaran gaji kakitangannya," kata beliau.

4 comments:

  1. sebab penyelewengan ni la jalanraya berkurap dan bumper fibre carbon aku pecah...

    memang sial la pemimpin pas ni...

    padan muka org kedah yg moron tahap kronik...

    pejuang hamas...

    ReplyDelete
  2. Berkemungkinan juga wang tersebut digunakan untuk membayar bonus separuh gaji tempoh hari, nasib baik lah kerajaan pusat hanya memberikan bonus separuh gaji sahaja maka kerajaan negeri pun turut membayar bonus separuh juga, kalau lah kerajaan pusat bayar 2 bulan gaji aku percaya kerajaan negeri Kedah akan ......

    Lu pikir lah sendiri

    Warga Sebelum Merdeka

    ReplyDelete
  3. RM100 juta simpan kat bank interest dapat tu mana pegi? Lu pikir lah sendiri.

    ReplyDelete
  4. Bob Lokman dalam ceramah bodoh pas kata buat apa buat jalan banyak-banyak takkan rakyat nak jalan straight saja. Sikit punya bangang el bahlol wal tolol.

    ReplyDelete

KOMEN LA APA NAK KOMEN, KLBOYZ MALAS NAK TAPIS-TAPIS, KOMEN JER LA..,TAPI KALAU BOLEH GUNAKAN BAHASA YANG ORANG BOLEH FAHAM & BERFIKIR..
TANGGUNG SENDIRI....!!?