Monday, October 10, 2011

JURUAUDIT PKR CADANG TUBUH JAWATAN KUASA KHAS SIASAT PENYELEWENGAN



Mesyuarat Agung Tahunan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Kuala Selangor hari ini sekali lagi membongkar kelemahan pentadbiran ketuanya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim apabila wujud kekeliruan dalam penyata kewangan bagi 2010 yang disyaki akibat penipuan.

Menurut beberapa ahli PKR yang tidak berpuas hati dengan situasi yang berlaku, kekeliruan itu didakwa berlaku ekoran terlepas pandang atau sikap lepas tangan kepimpinan parti.

Ini kerana dakwa mereka, penyata kewangan yang dibentangkan pada mesyuarat kali ini yang menyaksikan jumlah perbelanjaan selama setahun bermula 1 Januari hingga 31 Disember 2010 yang berjumlah RM39,403 begitu mengelirukan kerana banyak yang tidak disokong dengan resit.

Lebih mengelirukan, kata mereka, ada perbelanjaan tahun 2009 turut dimasukkan dalam kira-kira tahun 2010 yang semuanya tercatat dalam buku mesyuarat agung tahunan yang diedarkan kepada 243 ahli yang hadir.

Malah penyata kewangan itu tidak ditandatangani oleh juruaudit, sebaliknya dua ahli jawatankuasa didapati bertindak sebagai pemeriksa kira-kira yang tidak sah yang dilihat sebagai satu percubaan penyalahgunaan kuasa.

Sehubungan itu, mesyuarat hari ini tidak meluluskan penyata kewangan tersebut dan salah seorang juruaudit PKR Cabang Kuala Selangor iaitu Norazhar Jamil membuat usul tergempar agar satu jawatankuasa khas ditubuhkan untuk menyiasat perihal kewangan di cabang tersebut.

Usul itu kemudian diterima tanpa bahas oleh semua yang hadir termasuk Abdul Khalid.

Mesyuarat yang berlangsung di Dewan Orang Ramai Berjuntai Bestari, Batang Berjuntai bermula kira-kira pukul 2.30 petang dan berakhir pukul 6 petang.

Norazhar ketika dihubungi berkata, pertimbangan untuk membuat laporan polis akan dilakukan oleh beliau dan seorang lagi pemeriksa kira-kira iaitu Mohd. Sharif Ismail sekiranya terbukti penyata kewangan yang disediakan terdapat unsur jenayah.

- UTUSAN MALAYSIA

Dah dikatakan mereka ni buas menganas rakus kalau libatkan wang ringgit, maklumlah mereka ni semua terdiri daipada bahan terbuang yang dikumpulkan jadi satu. Itulah Pakatan Sampah namanya, cakap tak serupa bikin.

Cakap orang lain makan duit tetapi kalau dapat kat pemimpin mereka ni, tembak orang lain tapi makan dalam senyap. Lagi hebat...!!! Tu sebab la dapat kat tangan depa ni terus Yayasan Selangor rugi sampai 7 Juta ringgit defisit. Pakatan Samapah...!!!

4 comments:

  1. belum perintah malaysia dah menyeleweng,,,kalau dpt perintah terbeliak biji mata berebut penuhkan poket masing2,,,mengata org rasuah lah kroni lah,,,tup tup dia yg lebih,,

    ReplyDelete
  2. Ini satu fitnah terancang dari utusan.....!mana mungkin PKR parti paling demokratik yg dikatakan oleh izzah dan prof aziz bari ada skandal...!ini semua pembohong....ini tentu kerja UMNO......

    Kita tggu penjelasan dari saifuddn batu....dia kata ada bukti org2 UMNO dalang kes ni....x tau la pulak saper jadi kambing hitam??...

    kah..ka..kah..kah..spin jgn x spin....

    ReplyDelete
  3. PAKATAN HARAM NI MEMANG HARAMJADAH ASYIK MAKI POLIS

    BILA SUSAH KIRA NAK CARI POLIS PULA

    ReplyDelete

KOMEN LA APA NAK KOMEN, KLBOYZ MALAS NAK TAPIS-TAPIS, KOMEN JER LA..,TAPI KALAU BOLEH GUNAKAN BAHASA YANG ORANG BOLEH FAHAM & BERFIKIR..
TANGGUNG SENDIRI....!!?