Wednesday, October 19, 2011

HOSPITAL TENTERA TENGKU MIZAN TAK BOLEH BANTU RAKYAT SETEMPAT..??



Hospital Besar Tengku Mizan telah dirasmikan oleh Agong dan Najib memang tesergam indah, begitu luas dan besar kawasan telah digunapakai untuk didirikan. Adakah kegunaannya hanya untuk merawat askar ataupun tentera saja, kenapa tak boleh membantu orang awam bila dalam keadaan kecemasan..??

Pada peringkat awal pembukaan Hospital Tentera Tengku Mizan, membenarkan penduduk setempat di Wangsa Maju untuk mendapatkan rawatan di Hospital tersebut. Tetapi malang bagi penduduk Wangsa Maju sekarang kerana orang awam tidak dibenarkan lagi mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Mizan walaupun dalam keadaan kecemasan.

Kenapakah keadaan sebegini berlaku, tidakkah mereka yang terlibat sedar perbuatan sebegini akan mengundang kemarahan penduduk setempat yang hari-hari melintasi Hospital tersebut. Apabila penduduk melihat saja Hospital Tengku Mizan hanya akan menyakitkan mata mereka kerana tiada gunanya Hospital itu didirikan dikediaman mereka.




Hospital yang telah didirikan begitu besar dan luas tidak dapat memberikan bantuan kepada penduduk setempat. Apabila hati rakyat setempat sakit hati dan marah, inilah akan membuatkan pengundi Wangsa Maju memilih mengundi pihak pembangkang.

Pernah terjadi penduduk setempat yang ingin mendapatkan rawatan kecemasan kerana sesak nafas ditolak bulat-bulat. Dimanakah tanggungjawap Hospital tersebut untuk membantu rakyat setempat..??

Inilah yang akan mengundang kemarahan penduduk setempat, dan akan menjejaskan nama baik Kerajaan Pusat BN dimata penduduk di Wangsa Maju. Apabila terpandang saja Hospital tersebut, penduduk pasti memarahi kerajaan kerana kewujudannya tidak dapat membantu rakyat setempat.

Dimanakah Datuk Zaid Hamidi..?? Kenapakah perkara sebegini tidak dapat difikirkan, apatah lagi ianya didirikan dikediaman sekitar penduduk Wangsa Maju. Lama-kelamaan seluroh penduduk Wangsa Maju akan sakit hati dengan Hospital Tentera Tengku Mizan.





Oleh kerana sakit hati dan sakit mata, lalu terus memberikan undi kepada pihak pembangkang. Sedangkan PM Najib sendiri banyak mengadakan Klinik 1 Malaysia untuk membantu rakyat agar mereka menjadi mudah dan murah untuk mendapatkan rawatan apabila sakit dan dalam kecemasan.

Tidak pernahkah terfikir bahawa perkara sebegini akan mengundang kemarahan rakyat yang menyokong kerajaan..??

Kenapakah tidak diberikan perkhidmatan sekali kepada penduduk setempat, bukankah dengan cara itu dapat mengambil hati pengundi-pengundi Wangsa Maju untuk terus menyokong kerajaan..??

Diharap pihak yang terlibat dapat mengambil langkah yang cerdik, sempurna dan tepat untuk membantu rakyat setempat yang inginkan mendapatkan rawatan di Hospital tersebut. Dengan cara ini dapat mengambil hati penduduk Wangsa Maju agar tugas mereka dipermudahkan bagi rakyat setempat mendapatkan rawatan jikalau dalam kecemasan.

Fikirkanlah sebaiknya agar rakyat sekali mendapat kemudahan dengan kewujudan Hospital Tentera Mizan kerana ia didirikan didalam kawasan kediaman penduduk sekitar Wangsa Maju.

Jangan buat penduduk dan rakyat Wangsa Maju terus sakit hatidan sakit mata, nanti buruk padahnya...!!!

31 comments:

  1. kalau benda ni benar, mmg amat malang skali tentera ada polisi mcm ni. sepatutnya ini boleh menjadi peluang utk merapatkn tentera dgn masyarakat.

    ReplyDelete
  2. Hospital angkatan tentera memang khas untuk angota tentera saja ......Tapi kalau betullah dari apa yang diceritakan tu ....memang sungguh malang ......Tapi saya rasa cerita tu tak betul kerana saya pernah mendapatkan rawatan kecemasan dihospital angkatan tentera ni ......Tak ada masalah pun ....Dari segi layanan dan budi bahasanya memang cukup baik jika dibandingkan dengan hospital yang lain ..........
    Saya setuju hospital tersebut khusus untuk angota tentera saja ....serta pesara tentera ......merika ni orang istimewa dan wira negara.......tak banyak yang kerajaan dapat berikan kepada merika ini ........jika dibandingkan dengan pengorbanan yang merika sumbangkan ........Ada yang bersara dah tak boleh kerja kuat lagi.......Dan ada juga yang bersara tidak berpencin........Apalah sangat soal ini . kepada penduduk wangsa maju pergilah kekelinik kerajaan atau hospital kerajaan yang lain yang dikhaskan untuk orang awam .......ini masalah yang bukan masalah sebenarnya ........

    ReplyDelete
  3. Hosp tunku mizan d bawh kenterian pertahanan. Tak sama ngah hosp awam kerajaan lain d bawh kementrian kesihatan. Jangan politikan hal ni.setuju sebenarnya masalah tak ada masalah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu anon okt 2011 4:13pm...sj je buat mslah dorg ni.

      Delete
  4. Bodoh betul, Memang dah tak boleh nak bising apanya lagi, Yg penduduk tu pun satu hal dah tahu tak boleh yang gi jugak paal apa. Kalau di buka pada org awam nascaya orng yang palaing ramai datang ialah macha dengan Cina lah, tak caya cubalah buat. mulalah keling mabuk nak mampus pun dia org hantar.

    ReplyDelete
  5. Dulu arwah bapa ku berhidmat dengan tentera British di Singapura pada tahun 60an dan ada hospital tentera di sana ...location: Alexander Road.
    It was called ...British Military Hospital (BMH) Dan tidak semua pesakit mendapat rawatan di hospital
    tersebut. Yang dapat rawatan hanya mereka yang berhidmat dengan tentera british serta ahli keluarga mereka...yang terdekat. The hospital was well maintained.

    ReplyDelete
  6. Ini pun nak dipolitikan? Kalau betul siapa dia penduduk setempat itu?. Bro, nama pun dah Hospital Angkatan Tentera. Faham tak? Ini macam punya orang pun ada!!!!!!!!

    ReplyDelete
  7. Fungsi dan tanggungjawab utama HAT TM adalah untuk memelihara kekuatan tempur anggota ATM supaya menjadi sebuah angkatan yang mantap lagi kredibel bagi mempertahankan kedaulatan dan kepentingan negara. Hospital ini juga akan berfungsi sebagai sebuah Hospital Pangkalan Utama dan merupakan pusat rujukan untuk hospital-hospital dan kemudahan-kemudahan kesihatan ATM yang lain. Dengan keterangan di atas, jelas memperlihatkan fungsi utama hospital ini agak berbeza dengan hospital kerajaan yang lain. Walau bagaimanapun bagi kes-kes kecemasan hospital ini akan memberikan rawatan kecemasan sebagaimana yang diberikan oleh hospital kerajaan yang lain.
    Lagi..klik di sini http://adneehjahmad.blogspot.com/2011/05/serba-ringkas-fungsi-hospital-angkatan.html

    ReplyDelete
  8. dah tau nama pun hospital tentera yang gatal nak pi buat apa?..banyak lagi hospital kerajaan tak nak pi.
    diorang bajet ubat untuk tentera bukan untuk awam..bajet ubat awam kan banyak kepada kementerian kesihatan.tentera bukan ada dapat claim overtime macam awam.tentera kalau kerja lebih atau memang terlebih masa ,contohnya buat operasi dan duty mingguan mana ada dibayar overtime mcm hospital.so fikir2 lah jangan ganggu kebajikan tentera.tentera bertugas macam anjing rakyat tak persoal pulak?

    ReplyDelete
  9. bukan nak politikkan tetapi ini adalah satu cara untuk mengambil hati rakyat setempat yang berdekatan dengan hospital Tengku Mizan. mengambil hati rakyat agar dapat menyokong lebih kuat lagi bersetuju dengan kerajaan.

    ReplyDelete
  10. Itu pun rakyat Malaysia x sedar apa itu UMNO/BN...
    Hanya mementingkan Kaki tangan Awam sedangkan kakitangan awamlah yg bnyk pembangkang...Korang undilah BN...hapak pun x dapat...dia bina Hospital ratusan juta duit rakyat..dah lah kontrak pun belakangnya cina...lain kali pangkah lg ramai2 BN..muahhaaaa..muahhaaaaa..
    Kulit BN lu org nampaklah..isi perut BN yg bijak jer nampak.

    ReplyDelete
  11. setuju sgt dengan pengkomen2 di atas, kebanyakkannya hospital ni, geng2 dan puak2 pembangkang yang tak sedar dirilah paling ramai masuk dan datang, kata tak sokong kerajaan, bab hospital pandai pulak cari hospital kerajaan, apalah cakap tak serupa bikin, kot ye pun dah tak suka dan benci kerajaan, bencilah semuanya sekali, ini idak, sapu dan pukul lebih lagi ada, bukan yang datang ramai pembangkang, kakitangan hospital tu pun, ramai yang pembangkang..kalau tak percaya pergilah check yop..tapi bukan hospital HAT nilah, teman kabo hospital kerajaan yg lain ni, bila deme dah kroje hospital, kaum kerabat demelah ramainya..

    ReplyDelete
  12. Tertarik untuk memberi komen, saya rasa tak benar di atas kenyataan dan aduan tersebut, mana mungkin hospital tidak menerima kalau ada kes kecemasan, jelas menunjukkan tidak berperi kemanusiaanlah mereka. setahu saya hospital angkatan tentera 1 adalah untuk ATM, 2 adalah untuk pesara ATM, 3 kakitangan awam dibawah kementerian pertahanan, 4 orang awam ( hanya untuk kecemasan sahaja ). Perkara ini semua orang jelas dan faham. Kecuali memang mereka ini berniat dan bertujuan untuk menjadikan isu ini sebagai isu politik.

    ReplyDelete
  13. Encik KL Boys, seperti yg dikatakan oleh pengkomen atas, prioriti HAT Tuanku Mizan adalah 4 golongan masyarakat diatas. Hospital itu tidak pernah bertindak untuk tidak mengambil kes kecemasan. Dari mana En. Kl Boys dapat maklumat sedemikian semestinya menjadi persoalan. Hakikatnya rata-rata kebanyakan orang awam yg mengunjungi hospital itu berkehendakan rawatan segara kerana tidak suka menunggu lama di hospital KKM. Meraka harus faham bahawa mana2 Hospital KKM di Malaysia sentiasa crowded dan masa menunggu mmg lama. Selain itu, kebanyakan pesakit datang dengan masalah yang tidak bersifat kecemasan. Masalah kecemasan bermaksud sekirannya kita tidak berbuat sesuatu dalam keadaan serta-merta, pesakit itu boleh mati atau akan mati. Kalau bukan kes sebegitu, masa menunggu adalah sehingga 4 jam. Jadi, janganlah salah gunakan kemudahan kerajaan semata-mata untuk kesenangan kita. Thank you.

    ReplyDelete
  14. Tak betul! tak betul!...aku pernah eksiden Cedera Parah area situ...aku di bantu dan dapat rawatan dan layanan baik di Hospital Tentera tuu ! TERIMA KASIH mat mat askar kat situ

    ReplyDelete
  15. Bapa kawan saya (orang awam) kena serangan jantung dibawa ke situ, elok je dia orang layan,siap hantar balik ke rumah lagi naik Land Rover.so kita jangan percaya sangat dengan orang2 yang anti kerajaan

    ReplyDelete
  16. tidak sekarang, ia tak mengambil lagi kes untuk penduduk setempat sekitar wangsamaju seks 2. Tak percaya, pergilah sekarang..!!!

    ReplyDelete
  17. Ok je..spital ni terima je aku pi buat UltraSound ..pelik gak aku keja swasta...jumpa pulak member bawa anak dia demam,ramai pulak tuu..sorang pakcik dari Datuk Keramat pun mai juga...ponin pale den

    ReplyDelete
  18. http://askarsetia.blogspot.com/2011/10/hospital-angkatan-tentera-bantu-rakyat.html#comments Dan cari utusan malaysia kes bayi tersedak susu bertarikh 2 okt 11 http://utusan-malaysia-online.com/bapa-terkejut-bayi-jadi-biru..macam mana kata tak bantu penduduk setempat....

    ReplyDelete
  19. Sebagai seorang anggota tentera saya agak kurang bersetuju dengan kenyataan mengatakan HAT Mizan ni x terima org awam walaupun dalam hal kecemasan coz setahu sy polisi tentera ni mmg mengambil kira juga kepentingan orang awam yang merupakan rakyat Malaysia. Cuma, tahap KECEMASAN tu perlu juga dilihat dgn teliti agar dibimbangi ramai yang ambil kesempatan memandangkan HAT Mizan tu adalah instalasi ketenteraan yang turut tertakluk kepada Akta Kawasan Larangan (x silap saya) so ada prosedur2 tertentu utk org awam masuk.

    ReplyDelete
  20. Cuma, haruslah memberi sumbangan mengambil hati rakyat setempat diWangsaMaju agar terus menyokong kerajaan. Itu saja matlamatnya.

    ReplyDelete
  21. OSPITAL POLIS bila nak buat?

    ReplyDelete
  22. TAK SEMESTINYA DAH DIBINA DALAM KAWASAN TU, SEMUA ORANG BOLEH MASUK. CONTOH KEM SUNGAI BESI, MANA BOLEH ORANG AWAM SUNGAI BESI MASUK SESUKA HATI. PROSEDUR KENA IKUT LA, INI BUKAN POLITIK BRO. KALAU NAK SANGAT, KAU MASUK LA TENTERA, LATIHAN TENTERA KAU TAK SANGGUP PULAK. TINGGAL KELUARGA DOK DALAM HUTAN BERBULAN-BULAN KAU TAK MAU PULAK. INI LA CONTOH ORANG YANG TAK BOLEH DIAJAR.

    ReplyDelete
  23. salam...betul ke info ni.. sebab apa yang saya tahu tak pulak macam ni.. sepupu saya boleh je hantar anak dia masa tu demam panas tengah tengah malam untuk mendapatkan rawatan.. kos rawatan sama macam hkl jugak..RM 1.00 sahaja.. rumah die pun kat flat tu jugak..boleh je hantar

    ReplyDelete
  24. nak tergelak bila entry mcm ni bley wujud.hahaha.. hospital ANGKATAN TENTERA tuanku mizan di KHAS kan untuk anggota2 tentera,pesara2 & ahli keluarga anggota tentera.untuk org awam priority nye no 4.mcm pengomen2 di atas.soal mengundi ni, mintak maaf la tuan blog.tentera dibawah pemerintahan YANG DIPERTUAN AGONG. kami tidak terikat pada mana2 parti politik.so ade fhm? kalau nk merasa dok kt spital tu bley.meh join ATM (darat).kalau berani lah..ckp je tarak guna...hahahaaa..pigi da lu

    ReplyDelete
  25. ader la hospital yang tak rawat kes kecemasan.. satu2nyer hopital kat malaysia ni yang tidak menawarkan perkhidmatan kecemasan adalah Hospital Rehabilitasi Cheras di Bandar Tun RAzak.

    ReplyDelete
  26. saya PAK SLEMET posisi sekarang di malaysia
    bekerja sebagai BURU BANGUNAN gaji tidak seberapa
    setiap gajian selalu mengirimkan orang tua
    sebenarnya pengen pulang tapi gak punya uang
    sempat saya putus asah dan secara kebetulan
    saya buka FB ada seseorng berkomentar
    tentang AKI NAWE katanya perna di bantu
    melalui jalan togel saya coba2 menghubungi
    karna di malaysia ada pemasangan
    jadi saya memberanikan diri karna sudah bingun
    saya minta angka sama AKI NAWE
    angka yang di berikan 6D TOTO tembus 100%
    terima kasih banyak AKI
    kemarin saya bingun syukur sekarang sudah senang
    rencana bulan depan mau pulang untuk buka usaha
    bagi penggemar togel ingin merasakan kemenangan
    terutama yang punya masalah hutang lama belum lunas
    jangan putus asah HUBUNGI AKI NAWE 085-218-379-259
    tak ada salahnya anda coba
    karna prediksi AKI tidak perna meleset
    saya jamin AKI NAWE tidak akan mengecewakan

    ReplyDelete
  27. tak perlu nak megah megah cukuplah kalau hidup dapat amalkan
    apa yang diucap setiap kali solat

    Katakanlah: "Sesungguhnya salat, ibadah, hidup dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam

    lain diucap dalam solat lain buat diluar solat
    sebab tu solat tidak dapat mencegah kemungkaran diri sendiri

    ReplyDelete
  28. Alahai bangang nye korang
    Percaya bulat2 ape yang mamat ni tulis
    Kes kecemasan memang kami terima
    Kami akan rawat sebaik mungkin sampai pesakit stabil
    Lepas tu kami akan refer ke hospital GH UNTUK RAWATAN SELANJUTNYA
    X PERCAYA?
    Ko pergi tetak kepala ko sendiri, lepas tu dtg sini kat kecemasan, ko tengok ape jadi

    ReplyDelete

KOMEN LA APA NAK KOMEN, KLBOYZ MALAS NAK TAPIS-TAPIS, KOMEN JER LA..,TAPI KALAU BOLEH GUNAKAN BAHASA YANG ORANG BOLEH FAHAM & BERFIKIR..
TANGGUNG SENDIRI....!!?