HASSAN ALI AKAN SERTAI PERHIMPUNAN SEJUTA UMAT..!!!
Exco Hal Ehwal Islam Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata beliau akan menyertai Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) yang bakal berlangsung esok di Stadium Shah Alam. Hassan Ali berkata kehadirannya itu bukan atas kapasiti rasmi atau mewakili PAS namun sebagai individu beragama Islam.
"Saya akan hadir, melangkah keluar dari rumah atas nama Aqidah, saya akan berada di situ selama tiga jam atas nama Aqidah serta kepulangan saya ke rumah juga atas nama Aqidah, tidak tidur malam kalau saya tidak pergi kerana ia adalah isu Aqidah, kalau bola, Selangor lawan Kelantan tiada keperluan untuk saya hadir."
Hassan Ali berkata demikian dalam program bual bicara fokus berita terbitan TvSelangor di sini hari ini.
Terdahulu, PAS mencapai kata sepakat untuk tidak menyertai HIMPUN. Keputusan itu diputuskan dalam mesyuarat biro politik di pejabat agung PAS Selasa malam lalu.
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata keputusan PAS bersikap berkecuali kerana menghormati kehendak penganjur program yang tidak mahu melibatkan mana-mana parti politik.
Menurut penganjur HIMPUN, yang merupakan badan bukan kerjaan (NGO) Islam, perhimpunan tersebut bertujuan menentang apa yang dikatakan percubaan untuk menyebar ajaran Kristian kepada orang Islam.
Hassan dengan tegas mengulangi pendiriannya untuk menyertai HIMPUN sebagai individu.
Menurutnya lagi, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim turut memberi kelepasan kepada mana-mana penjawat kerajaan Selangor yang mahu menyertai perhimpunan atas dasar individu.
"Kita harus bersyukur kerana masih ada dari kalangan kita yang tampil untuk membela, berjuang dan individu ini telah membuka langkah, takkanlah Hassan Ali yang berumur 64 sebagai seorang muslim tidak tergerak untuk hadir."
Mengulas lanjut, Hassan Ali menafikan dakwaan kononnya beliau adalah salah seorang pengerak HIMPUN.
"Saya tidak terlibat dalam penganjuran HIMPUN, saya dalam apa cara dan keadaaan sekali pun tidak pernah terlibat secara langsung bagi menghubungkan penganjur ini dengan mana-mana pihak."jelasnya.
Tegasnya, HIMPUN bukan bertujuan menimbulkan ketengangan mahupun meniup api kemarahan dikalangan umat Islam dan penganut Kristian. Katanya kesempatan perjumpaan ini adalah untuk menyedarkan serta umat Islam tentang kebejatan isu keruntuhan aqidah.
Hassan Ali berkata masyarakat bukan Islam turut mempunyai hak untuk berhimpun secara aman. Beliau turut mengalukan dialog antara agama lebih giat diadakan dari kalangan pakar.
"Ini adalah perhimpunan yang aman, berbudaya dan sopan, yang penting penganjuran ini bukalah untuk menimbulkan ketegangan dan emosi yang tidak terkawal antara penganut Islam dan bukan Islam."katanya.
Assalamualaikum.
ReplyDeletesyabas datuk....bukan mcm presiden nya yg macam sial..siap larang ahli pg perhimpunan umat Islam...
ReplyDeleteTang ni kome nak komen...
ReplyDeleteHIMPUNAN...tak nak ikut...tak mau ada campur tgn politik..kononnya
BERSHIT....aku tgk semua pak janggut dan pak serban ikut...munafik tul hadi awang ni ekkk...
Atas nama allah mari kita sama-sama berjihat menyelamatkan kesucian agama Islam..kepada puak-puak pelamapau biarkan mereka dgn cita-cita politik mereka yg sempit atas nama Islam sahaja...hanya Allah sahaja yg maha mengetahui..ALLAHHU AKBAR...
ReplyDeletesemoga datok hassan sentiasa dapat rahmat dari allah,
ReplyDeleteaku tak sokong PAS tapi bab kebanyakan tindakkan yg hassan ali buat aku sokong 1juta peratus kat datok ni,
dia bercakap atas dasar kebenaran,sebenarnya banyak yg dilakukan oleh dato ni di selangor,rampas arak,cegah maksiat dll lg,cuma kuasa dia terhad dan juga ada tangan2 firaun kecik yg halang kerja2 baik hassan ali...
mana2 parti pun perlu kepada pemimpin semacam ni,bercakap atas dasar benar,bukan macam HADI dan NIK AZIZ tu nama ja tok guru tapi perkara yg merapatkan saf ummah depa tak mau sokong,yg berpeluk dgn DAP makan babi tu tak pula depa kisah,,alahai tok guru...
PUNCA PAS UMNO BERPISAH
Dari dulu kini dan selama-lamanya "AKU berjihad habis2an keatas orang2 yg mencaci AGAMAku..(Islam) pengkhianat kpd Bangsa dan Negaraku.
ReplyDelete