PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Sunday, October 23, 2011

HARUSSANI BERI PERINGATAN..!!?




Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria memberi peringatan jelas terdapat golongan yang semakin berani memesongkan akidah dan menghina Islam tatkala perpecahan umat Islam semakin ketara di negara ini.

Beliau berkata demikian sewaktu memberikan ucapan pada Himpunan Sejuta Umat: Selamatkan Akidah (HIMPUN) di Stadium Shah Alam, semalam.

Mufti Perak itu turut menegaskan golongan ini tidak akan henti berusaha untuk memesongkan akidah umat Islam di Malaysia dengan pelbagai muslihat yang ada.

Dalam pada itu, Harussani turut berkata orang Melayu adalah bangsa yang istimewa kerana dikaitkan dengan Islam sehingga ia membawa kepada pengertian dalam Perlembagaan Persekutuan.

Tambahnya lagi, keistimewaan orang Melayu adalah kerana bangsa ini mempunyai kefasihan sehingga mampu menguasai al-Quran sekalipun kitab suci tersebut diturunkan dalam bahasa Arab.

“Hari ini usaha tersebut dilakukan secara terang-terangan kerana kedudukan orang Melayu semakin lemah. Kerana kelemahan itu, Islam yang satu ketika dahulu dihormati, (telah diganggu-gugat oleh) mereka (yang) berusaha memesongkan dan menghina kita,” ujar beliau.

1 comment:

Anonymous said...

Aku sedih dengan audien yang sibuk berbual-bual semasa ustadz Harusanni menyampaikan mesej penting ini. Cubalah tunjukkan kesungguhan dan kematangan anda ketika hadir ke majlis seperti ini. Kalau gitu untuk apa hadir? Rakaman tak begitu baik kerana gangguan ini.

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...