BERITA BAIK BUAT RAKYAT PENDAPATAN RM3000 KEBAWAH..!!!
Pemberian bantuan kepada rakyat sebanyak RM500 melibatkan isi rumah yang memiliki pendapatan bulanan di bawah RM3,000 akan bermula pada Januari ini. Timbalan Menteri Kewanan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata, pengagihan bantuan wang tunai itu akan dibuat secara berperingkat-peringkat, pada bila-bila masa mulai awal tahun depan.
Beliau berkata, agensi kerajaan seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan ditugaskan sebagai pelaksana berdasarkan kepada maklumat penerima melalui fail-fail cukai pendapatan.
''Agensi lain yang turut terlibat dalam pengagihan bantuan itu ialah Bank Simpanan Nasional (BSN), Bank Negara serta POS Malaysia,'' katanya selepas merasmikan Seminar Percukaian Kebangsaan 2011 di sini hari ini.
Bantuan yang diberikan hanya sekali sahaja (one off) diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Belanjawan 2012 baru-baru ini.
Menurut Awang Adek, selain maklumat fail cukai pendapatan, LHDN dijangka menggunakan data e-Kasih Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi mendapatkan maklumat rakyat yang benar-benar layak menerima bantuan terbabit.
Beliau berkata, antara mekanisme pembayaran adalah berdasarkan perkiraan jumlah pendapatan isi rumah dengan mencampurkan pendapatan suami, isteri dan anak-anak yang tinggal bersama.
Namun, persoalan bagi anak yang tinggal berasingan, masih dibincangkan.
''Kerajaan akan mengkaji isu-isu berbangkit sebelum ia dilaksanakan nanti,'' katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Dr. Mohd. Shukor Mahfar berkata, rakyat yang masih belum mendaftar dengan e-Kasih, boleh mendapatkan borang pendaftaran melalui laman web LHDN.
Di samping itu, borang tersebut akan dicetak dan diedarkan di cawangan LHDN serta kawasan lain yang bakal dikenal pasti di seluruh negeri.
"Mereka (masyarakat) akan dimaklumkan mengenai pengagihan borang dari semasa ke semasa,'' katanya.
No comments:
Post a Comment
KOMEN LA APA NAK KOMEN, KLBOYZ MALAS NAK TAPIS-TAPIS, KOMEN JER LA..,TAPI KALAU BOLEH GUNAKAN BAHASA YANG ORANG BOLEH FAHAM & BERFIKIR..
TANGGUNG SENDIRI....!!?