Monday, October 17, 2011

ANWAR KANTOI LAGI...!!!



Keadaan dalam Dewan sedikit kecoh berikutan pertikaman lidah antara Khairy yang juga Ketua Pemuda Umno dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung Belanjawan 2012 yang menurut Anwar "tidak realisitik" dan "terlalu optimistik".

Menempelak dakwaan itu, Khairy berkata unjuran pertumbuhan ekonomi pada kadar 5.0 peratus hingga 6.0 peratus adalah realistik untuk dicapai berdasarkan keyakinan yang ditunjukkan oleh syarikat pelabur antarabangsa untuk melabur di negara ini.

Katanya kepercayaan dan keyakinan pelaburan asing itu bersandarkan kepada program-program tranformasi yang dijayakan oleh Perdana Menteri dalam memastikan agenda pengukuhan ekonomi yang diterajui kerajaan.

Sebaliknya, katanya belanjawan bayangan yang dibentangkan oleh Anwar pada 4 Okt lepas lebih 'tidak realistik' dan boleh membuat negara menjadi bankrap kerana ia tidak menggambarkan kedudukan ekonomi negara yang sebenar.

Najib ketika membentangkan Belanjawan 2012 mengunjurkan pertumbuhan ekonomi negara pada kadar 5.0 hingga 6.0 peratus manakala pakatan pembangkang mengunjurkan pertumbuhan ekonomi naik secara perlahan daripada 4.0 kepada 4.5 peratus, berbanding 5.0 kepada 5.5 peratus pada 2011.

Perbandingan Khairy itu membuatkan beberapa anggota Parlimen pembangkang 'panas telinga' dan bangun mencelah menyebabkan keadaan bertukar kecoh.

Meskipun diasak oleh beberapa anggota Parlimen pembangkang termasuk Anwar, Khairy tetap bertegas dengan pendiriannya dan menyifatkan belanjawan pembangkang tidak jujur kepada rakyat.

2 comments:

  1. Apa yang kantoinya???

    ReplyDelete
  2. Anwar mmg ckp pandai putar belit fakta. Tahniah KJ krn dpt mematahkan hujah Anwar.

    NURUL IZZAH TIDAK SUKA PENDUDUK PUTRAJAYA MENDUDUKI RUMAH PR1MA? Baca di sini!!

    http://apakecoh2.blogspot.com/

    ReplyDelete

KOMEN LA APA NAK KOMEN, KLBOYZ MALAS NAK TAPIS-TAPIS, KOMEN JER LA..,TAPI KALAU BOLEH GUNAKAN BAHASA YANG ORANG BOLEH FAHAM & BERFIKIR..
TANGGUNG SENDIRI....!!?