Wednesday, September 28, 2011

HABISLAH KAU KALI NI GUAN ENG BINGAI..!!!



Polis sedang mempertimbangkan tindakan yang boleh dikenakan ke atas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng ekoran kenyataannya memburukkan negeri ini dalam satu pertemuan dengan media asing di Singapura, baru-baru ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, beberapa laporan polis telah dibuat mengenai perkara itu dan pihaknya akan mengenal pasti tindakan yang boleh diambil memandangkan kenyataan itu dibuat di luar negara.

Beliau yang nyata berang dengan keceluparan Guan Eng, turut menyifatkan kenyataan Setiausaha Agung DAP itu tidak boleh diterima, berniat jahat, tidak berasas dan tidak benar sekali gus mengingatkan pemimpin DAP itu tidak bercakap sesuka hati.

"Kenyataan beliau kononnya sesiapa sahaja dari Singapura yang datang berurus niaga di negeri ini tidak selamat dan akan diculik oleh penjenayah adalah amat dikesali dan jelas ia adalah tidak benar sama sekali.

"Trend penurunan indeks jenayah yang dicatatkan negeri ini jelas membuktikan keadaan keselamatan di negeri ini adalah terjamin bukan sahaja untuk rakyat negeri ini tetapi juga rakyat asing," katanya kepada sidang akhbar.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Guan Eng yang didakwa memburukkan negeri Johor dalam satu pertemuan dengan media asing di Singapura baru-baru ini dan disiarkan sebuah stesen tempatan semalam.

Justeru, Mohd. Mokhtar dengan tegas meminta pihak berkenaan supaya lebih bijaksana dan berwaspada ketika membuat kenyataan kerana ia mampu menggugat keharmonian umum dan merencatkan kegiatan ekonomi ekoran kenyataan tidak bertanggungjawab itu.

"Saya juga ingin menegaskan di sini bahawa pihak polis akan terus menjalankan tanggungjawab dan amanah yang diberikan dan tidak sesekali akan melemahkan semangat kami dalam menjaga keamanan negara dengan perkara seperti itu," katanya.

No comments:

Post a Comment

KOMEN LA APA NAK KOMEN, KLBOYZ MALAS NAK TAPIS-TAPIS, KOMEN JER LA..,TAPI KALAU BOLEH GUNAKAN BAHASA YANG ORANG BOLEH FAHAM & BERFIKIR..
TANGGUNG SENDIRI....!!?