Wednesday, September 28, 2011

DBKL SAMA KUASA MACAM POLIS..!!!



Bermula 1 Oktober depan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mempunyai kuasa sama dengan polis trafik untuk menyaman kenderaan bergerak bagi kesalahan melanggar isyarat lampu merah serta memotong barisan.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail, berkata anggota trafik warden DBKL juga boleh menyaman sehingga RM150 bagi setiap saman termasuk kesalahan menghentikan kenderaan di garisan kuning dan tidak mematuhi isyarat lalu lintas.

“Melalui mesyuarat bersama Ketua Setiausaha Negara pada 9 September lalu, DBKL dibenarkan mengambil tindakan undang-undang terhadap orang ramai yang tidak mematuhi peraturan jalan raya bertujuan untuk membantu polis mengawal persimpangan jalan, sekali gus memastikan pergerakan lalu lintas lancar.

“Seramai 40 anggota DBKL dipilih untuk bertugas pada waktu puncak memantau di 10 persimpangan yang dikenal pasti,” katanya selepas merasmikan perhimpunan bulanan DBKL di sini, semalam.

Antaranya persimpangan Jalan Raja Laut ke Jalan Sultan Ismail, Tuanku Abdul Rahman-Sultan Ismail, Dang Wangi-Tuanku Abdul Rahman, Pudu-Bukit Bintang, Leboh Ampang-Tun Perak, Tun Chan Cheng Lock- Jalan Sultan, Tun Ismail-Jalan Ipoh serta Jalan Parlimen-Raja Laut.

Melalui peruntukan undang-undang Akta Pengangkutan Jalan 1987, Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959 dan Kaedah-Kaedah Isyarat Lalulintas, membolehkan DBKL mengambil tindakan terhadap kenderaan bergerak dan tidak lagi tertakluk pada kesalahan lalu lintas statik saja seperti sekarang.

Sementara itu, Ahmad Fuad melancarkan Kempen Senyum Peringkat DBKL yang menyarankan semua kakitangannya terutama petugas barisan hadapan mengamalkan budaya mesra pelanggan melalui amalan memberikan senyuman ketika berurusan dengan orang ramai.

“Bertemakan ‘Perkhidmatan Dengan Senyuman’ kempen ini bertepatan hasrat untuk memastikan perkhidmatan DBKL sentiasa disenangi dan memuaskan hati orang ramai,” katanya.

2 comments:

  1. Kuasa disamakan tapi latar belakang latihan pasti tak sama.

    Dulu Mahkamah tolak saman ekor. Pasti DBKL mungkin disaman dek 'loyar-loyar' yg menunggu je 'org baru dapat kuasa' ni.

    Tunggu je lah.

    ReplyDelete
  2. X apalah..rakyat Malaysia ni redha..bagus punya KSN dan Datuk Bandar...JPJ,POLIS x cukup ke? Apalah punya mangkok sampai DBKL pun dah jadi polis traffik? Teruskan insyaallah x lama lah BN memerintah..cukuplah tekanan yg dah ada untuk rakyat..rakyat dah cukup tertindas..Pusing keliling nak saman.

    ReplyDelete

KOMEN LA APA NAK KOMEN, KLBOYZ MALAS NAK TAPIS-TAPIS, KOMEN JER LA..,TAPI KALAU BOLEH GUNAKAN BAHASA YANG ORANG BOLEH FAHAM & BERFIKIR..
TANGGUNG SENDIRI....!!?