Saturday, August 13, 2011

PULAU PINANG MEMANG HEBAT LA...!!! CUBA BACA NI...!!!





PEKELILING dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, JHEAIPP yang melarang bacaan Al-Quran dengan menggunakan pembesar suara daripada masjid dan surau pada waktu Subuh, telah dikeluarkan kepada semua ahli jawatankuasa masjid dan surau.

Jabatan Hal Ehwan Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) mengarahkan semua masjid dan surau di negeri itu menghentikan bacaan Al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu subuh kerana amalan itu bercanggah dengan hukum syarak dan boleh mengganggu orang lain di dalam dan luar masjid.

Arahan itu selaras dengan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri pada 7 April lalu dan surat pekeliling mengenai larangan sudah dikeluarkan pada 3 Ogos lalu dan diedarkan kepada semua jawatankuasa kariah masjid.

Hebatkan Pulau Pinang sehingga arahan sebegini harus dipatuh oleh orang Melayu dinegaranya sendiri. Hebat jugalah Pakatan PR Pulau Pinang kerana tidak membantah isu sebegini.

Orang Melayu Penang sanggup mengalah kerana apa ni..?? Apa yang orang Melayu Pulau Pinang fikirkan sehingga perkara sebegini boleh berlaku. Buat baik pun takda lah sehingga perkara sebegini harus dipatuhi, tergamak juga orang Melayu Penang membiarkan isu ini berleluasa.

Memang naya orang Melayu dibuatnya, ini pun kalau tak sedar lagi tak tahulah..!!!

1 comment:

KOMEN LA APA NAK KOMEN, KLBOYZ MALAS NAK TAPIS-TAPIS, KOMEN JER LA..,TAPI KALAU BOLEH GUNAKAN BAHASA YANG ORANG BOLEH FAHAM & BERFIKIR..
TANGGUNG SENDIRI....!!?