NETWORKEDBLOGS
BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA
Wednesday, August 10, 2011
PADAN MUKA PENYOKONG LIWAT NI BILA TERKENA BATANG HIDUNG SENDIRI...!!!
Polis London melancarkan siasatan rapi dan menangkap lebih 160 orang berhubung rusuhan terburuk di ibu negara Britain ini dalam tempoh lebih 25 tahun. Sementara itu, keganasan berpunca daripada kematian seorang lelaki tempatan dalam kejadian berbalas-balas tembakan dengan polis terus merebak awal hari ini.
Beribu-ribu penduduk mencuri barangan dari sebuah gedung barangan elektrik di kawasan Brixton, selatan London pada awal pagi ini, menakala gerombolan pemuda membaling objek ke arah polis, lapor wartawan AFP. Menurut Scotland Yard, kejadian mencuri merebak ke beberapa kawasan di utara, timur dan selatan bandar raya ini, sementara sekumpulan kira-kira 50 pemuda merosakkan harta benda di kawasan tumpuan pelancong di Oxford Circus.
Perusuh merosakkan sebuah kereta polis dan memecahkan tingkap di Enfield, pinggir utara London kira-kira lima kilometer dari Tottenham, medan kekacauan pada malam sebelumnya. Pasukan polis tambahan dikerahkan di kawasan-kawasan kediaman bergolak selepas tiga anggota polis dimasukkan ke hospital akibat dirempuh kereta. "Kami menghadapi situasi mencabar kerana keganasan, kejadian mencuri dan kekacauan meletus di sana sini di beberapa kawasan," kata Komander Scotland Yard, Christine Jones.
Dalam kejadian malam semalam, rumah-rumah, dua kereta polis dan sebuah bas dua tingkat dibakar dan kedai-kedai dipecah masuk di Tottenham. Keganasan itu mengingatkan penduduk terhadap rusuhan di kawasan sama pada 1985 dan menimbulkan suasana suram di bandar raya ini, yang bakal menganjurkan Sukan Olimpik dalam tempoh setahun.
Polis metropolitan berkata, para pegawai yang terlibat dalam siasatan Operasi Withern akan menyoal saksi dan meneliti rakaman televisyen litar tertutup untuk mengenal pasti perusuh. Keganasan itu menyusuli protes berhubung kematian Mark Duggan, 29, pada Khamis lalu, dipercayai dalam kejadian berbalas-balas tembakan dengan polis. Komander polis, Adrian Hanstock menyifatkan kematian Duggan itu sebagai 'sangat dikesali' dan siasatan mengenai insiden itu sedang dijalankan. - AFP
Baru beberapa orang membuat tunjuk perasaan dah tak boleh nak mengawal kekecohan yang berlaku, pandai pula buat komen kononnya polis Malaysia bertindak ganas terhadap orang-orang bodoh buat demo perhimpunan haram tempoh hari. Taksub sangat ni lah jadinya, ketuk dulang paku serpih. Kata Malaysia kena kat London lagi teruk, pendek kata, padan muka hang pa...!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TOP HOT ARTIKEL
-
Dalam pada masa berlegar-legar di sekitar demontrasi mahasewel robot belaan Anwar untuk menghidupkan nyawanya, terjumpa pulak binatang ala...
-
Kak Wan termengah-mengah bila tengok video PART 3 ni, sebab bab yang ni paling menyakitkan hatinya. Dipertahankan Anwar sari pelbagai su...
-
Hospital Besar Tengku Mizan telah dirasmikan oleh Agong dan Najib memang tesergam indah, begitu luas dan besar kawasan telah digunapakai u...
-
Oleh kerana terdesak kerana didesak memberikan darah atau DNA yang diperintahkan mahkamah, Anwar dah bersedia nak menghilangkan diri a...
-
Rakaman video durasi 20 minit sukar dipalsukan, kata pengarah dan penerbit filem, Yusry Abdul Halim. Bagaimanapun, menurutnya ia juga b...
-
Petikan dari risalah ini yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu Tajuk : MALAYSIA, RAKYAT CINA, DAP DAN SELURUHNYA Rencana ini akan ...
-
Inilah gelagat sekumpulan berumah kat Dataran merdeka, muka Melayu yang dah tak kenal adap dan sopan ketika di khalayak ramai. Sesuka hat...
-
Ini semua adalah rekaan dan perangkap sama sekali untuk menjatuhkan kepimpinan Najib yang sedang mencipta nama sebagai Perdana Menteri. ...
-
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Pulau Pinang hari ini membuat 25 laporan polis berhubung kenyataan Ketua Menteri, Lim Guan...
-
Anwar memang suka berbohong, temberangnya cukup hebat dan bernas memperdayakan rakyat supaya meraih sokongan untuk menaik kemarahan ra...


No comments:
Post a Comment