NETWORKEDBLOGS
BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA
Thursday, August 11, 2011
ANWAR DIPERINTAH TUTUP MULUT...!!!
Anwar Ibrahim dibenarkan hadir sama ketika peguam beliau menemu bual 15 saksi, termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor bagi pembelaan kes liwat yang sedang dihadapinya, tetapi tidak boleh turut serta dalam temubual itu.
Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah yang membuat keputusan itu dalam kamar semalam, memutuskan Anwar mempunyai hak untuk hadir sama pada sesi temu bual berkenaan selepas mendengar hujah dikemukakan pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Hanafiah Zakaria dan peguam Karpal Singh mewakili Anwar.
Karpal ketika ditemui pemberita berkata, dengan keputusan itu semua saksi yang dikehendaki oleh pihak pembelaan untuk ditemu bual perlu hadir ke mahkamah.
Beliau berkata, anak guamnya akan hadir sama kerana beliau mempunyai hak untuk mendengar temu bual itu dan pegawai penyiasat kes akan membantu pihaknya mengendalikan prosiding berkenaan.
Katanya, saksi Dr Suresh Naidu, Nik Mahmood Nik Hassan, Datuk Nik Mohd Sidek Nik Abu Bakar, Raymond Yeoh Cheng Seong, Datuk Dr Jayaindran Sinnadorai, Prof Datuk Dr Mohamad Ariff Abdul Kareem dan Omar Malek Ali Marican yang perlu ditemu bual oleh pihaknya sudah berada di mahkamah semalam.
Pihak pendakwaan dan pembelaan memohon perintah sama ada Anwar boleh menghadiri sesi temu bual saksi bagi pihak pembelaan selepas bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof membantah kehadiran Anwar ketika temu bual itu kelmarin.
Pihak pendakwaan membantah kehadiran Anwar dalam sesi temu bual dengan alasan beliau berupaya menakut-nakutkan saksi dan boleh menyuruh mereka menyatakan apa yang dikehendakinya ketika saksi berkenaan.
Selain itu, kejadian lalu dalam mahkamah ketika pihak pendakwaan mengemukakan saksi mereka dalam kes liwat itu menunjukkan peguam Anwar tidak mampu mengawal anak guam mereka.
Pada 16 Mei lalu, Anwar diperintahkan membela diri atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan selepas mahkamah memutuskan Mohd Saiful, iaitu pengadu kes adalah saksi yang bercakap benar dan berwibawa. Anwar dijadualkan membela diri pada Isnin depan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TOP HOT ARTIKEL
-
Dalam pada masa berlegar-legar di sekitar demontrasi mahasewel robot belaan Anwar untuk menghidupkan nyawanya, terjumpa pulak binatang ala...
-
Oleh kerana terdesak kerana didesak memberikan darah atau DNA yang diperintahkan mahkamah, Anwar dah bersedia nak menghilangkan diri a...
-
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Pulau Pinang hari ini membuat 25 laporan polis berhubung kenyataan Ketua Menteri, Lim Guan...
-
Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain menyifatkan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim bersikap sombong dan mementingkan diri sendiri ke...
-
Memang sepatutnya puak pemfitnah ni seharusnya dikekang dari permulaan lagi, tindakan menyaman mereka ni sepatutnya dilakukan dari dulu la...
-
Inilah sikap segelintir yang mementingkan diri sendiri tanpa menghiraukan usaha orang lain. Dalang pengedaran filem ini memang sepatut...
-
Sebab ada masyuk komisyen kot tu pasal nak gantikan Madrasah dengan Komplex Beli-belah. Ada yang masyuk komisyen dan bonus faedah kot, seba...
-
“Sejak enam bulan lalu, kami penduduk Kampung Sungai Pinang terdedah bau busuk dan bahaya yang berpunca daripada longgokan sampah haram y...
-
Semua keputusan telah terjawap siapakah individu lelaki "Y" yang dimaksudkan dimahkamah pada persidangannya yang telah berla...
-
1. Kerana Anwar, PAS terpaksa kompromi dengan DAP yang akan langkah mayat, kalau undang-undang Islam dilaksanakan. 2. Kerana Anwar, PAS...


1 comment:
bodoh punya hakim..kehadiran anwar tu nak make sure yang saksi yang dipanggil bagi keterangan tu akan bagi keterangan ikut skrip yang dah disediakan oleh loyar anwar..jadi,konfemlah saksi-saksi yang anwar panggil tu akan bagi keterangan menyebelahi anwar..jadi kebodohan tuan hakim mengikut permintaan si aljuburi ini akan melambatkan lagi prosiding perbicaran..membuang masa, tenaga dan wang sahaja kalau dilayan kemahuan aljuburi yang tak pernah puas tu!
Post a Comment