KLBOYZ CHANNEL

Saturday, June 11, 2011

PAS GAGAL MENTADBIR SETELAH DIBERIKAN PELUANG 20 TAHUN



Kelantan Sepatutnya Model Negeri Berkebajikan

BACHOK, Kelantan sepatutnya menjadi model sebuah negeri berkebajikan jika PAS benar-benar ingin melaksanakan "konsep negara berkebajikan", selepas diberi peluang lebih 20 tahun memerintah negeri itu.

Menegaskan demikian, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Dr Awang Adek Hussin, berkata sebaliknya tiada apa-apa perancangan yang dibuat oleh Kerajaan Negeri ke arah itu sehingga sekarang.

"Hanya RM1 juta hingga RM3 juta sahaja setahun yang dibelanjakan oleh parti itu bagi kebajikan rakyat," kata Timbalan Menteri Kewangan itu kepada pemberita selepas merasmikan Jelujur Pangkalan Cina di sini Jumaat.

Beliau mengulas kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa parti itu akan menjadikan Malaysia sebagai negara berkebajikan jika diberi peluang memerintah pada Pilihan Raya Umum Ke-13 kelak.

Dr Awang Adek berkata berasaskan perkembangan itu cadangan untuk membina sebuah negara berkebajikan hanya satu slogan untuk mengelirukan rakyat apabila gagal dengan slogan membina sebuah negara Islam disebabkan tekanan DAP.

- BERNAMA
Unknown at 9:39 AM

No comments:

Post a Comment

KOMEN LA APA NAK KOMEN, KLBOYZ MALAS NAK TAPIS-TAPIS, KOMEN JER LA..,TAPI KALAU BOLEH GUNAKAN BAHASA YANG ORANG BOLEH FAHAM & BERFIKIR..
TANGGUNG SENDIRI....!!?

‹
›
Home
View web version

INFORMATION

Unknown
View my complete profile
Powered by Blogger.