KLBOYZ CHANNEL

Tuesday, June 14, 2011

KERAJAAN RAKYAT JAUH LEBIH BAIK BERBANDING KERAJAAN KEBAJIKAN



Kerajaan rakyat yang diamalkan BN sekarang adalah jauh lebih baik berbanding kerajaan kebajikan yang mirip fahaman sosialisme yang cuba dipeloporkan PAS baru-baru ini.

Ini kerana kerajaan rakyat yang diamalkan BN merangkumi semua aspek termasuk kebajikan rakyat untuk penduduk di Malaysia.

PAS menyatakan cuba memberi nafas baru kepada usaha kebajikan yang sebenarnya sudah dilaksana oleh kerajaan BN. Tindakan sebegini adalah cara PAS untuk memancing undi dan dalam usaha meraih sokongan rakyat menjelang pilihan raya umum akan datang.

Disamping berkebajikan sebagai kerajaan rakyat, juga menentukan pertumbuhan ekonomi yang mampan dan pengagihan kekayaan negara yang berpaksi kepada aspirasi gagasan 1Malaysia.

Bekas Ketua Menteri Sabah juga ada mengatakan "negara akan hancur jika dipimpin parti-parti yang terikat dengan 'kahwin kontrak', yang tidak mungkin berkekalan".

"Sememangnya Malaysia memerlukan seorang perdana menteri seperti Datuk Seri Najib Tun Razak yang mempunyai rekod khidmat cemerlang, berpengalaman, berwawasan dan berorientasikan rakyat", kata Timbalan Pengerusi Umno Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak.
Unknown at 12:35 AM

No comments:

Post a Comment

KOMEN LA APA NAK KOMEN, KLBOYZ MALAS NAK TAPIS-TAPIS, KOMEN JER LA..,TAPI KALAU BOLEH GUNAKAN BAHASA YANG ORANG BOLEH FAHAM & BERFIKIR..
TANGGUNG SENDIRI....!!?

‹
›
Home
View web version

INFORMATION

Unknown
View my complete profile
Powered by Blogger.